Agama

Raja Perlis sempurnakan pelantikan ahli majlis MAIPs

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan penganugerahan Tauliah Pelantikan Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berserta Pelantikan Ahli-Ahli Jawatankuasa di bawah MAIPs di Hotel Putra Regency , Kangar, Perlis pada rabu malam.

Majlis berkenaan adalah signifikan kepada pentauliahan rasmi pelantikan Ahli Majlis dan Ahli Jawatankuasa di bawah MAIPs yang bertanggungjawab dalam menasihati Baginda selaku Raja Pemerintah dan Ketua Agama Negeri dalam perkara berkaitan hal ehwal Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis.

Pentauliahan berkenaan dimulai dengan Pengurniaan Tauliah Pelantikan kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua MAIPs, diiringi Ahli-ahli Majlis terdiri daripada Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan Man, Timbalan Yang DiPertua, Dr. Hj. Hazman Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Dato’ Seri Hasnol Zam Zam Hj Ahmad, Penasihat Undang-undang Negeri Perlis, Tuan Mohd Radhi Abas, dan Mufti Negeri Perlis, Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Selain itu, turut diperkenankan pelantikan sebagai Ahli Majlis, Dato’ Murshid DiRaja Dr. Juanda Jaya, Prof. Emeritus Datuk Ir. Ts. Dr. Kamarudin Hussin, Ketua Polis Perlis, DCP Dato’ Surina Saad, Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd Radzi Othman, Datin Hjh. Naimah Jaafar, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perlis, Naharudeen Othman, Dr. Nizamuddin Zakaria dan Setiausaha Majlis, Hj. Mohd Nazim Mohd Noor.

Selain itu, Tuanku Syed Sirajuddin turut berkenan menyempurnakan Penganugerahan Tauliah Pelantikan Ahli-Ahli Jawatankuasa di bawah MAIPs seperti Jawatankuasa Kewangan MAIPs, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, Jawatankuasa Pengawasan dan Pengajaran Agama Islam Perlis, Jawatankuasa Adat Istiadat Melayu Perlis, Jawatankuasa Pengurusan Zakat dan sebagainya.

Program disusuli dengan ‘Majlis Iftar Jamaie DYMM Tuanku Raja Perlis Bersana Ahli Majlis 1443H / 2022’. Baginda berdua solat maghrib berjemaah diimamkan Imam Besar Negeri Perlis, Ahmad Sirajuddin Abdul Satar dan isyak oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Takmir Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) Ameer Ikhwan Zaini. Dr Mohd Asri turut menyampaikan tazkirah di antara waktu kedua-dua solat tersebut.

Terdahulu, sebelum keberangkatan Tuanku Raja di lokasi yang sama, turut diadakan ialah ‘Majlis Apresiasi Perkhidmatan Terpilih Jabatan Dan Agensi Agama Bersama MAIPs Tahun 2021 yang disempurnakan perasmiannya oleh Tuanku Raja Muda.

GALERI FOTO

Foto Ihsan MAIPs

(Visited 573 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button