Uncategorized

Pemandu selamat, Hilux masuk gaung 20 meter

TAPAH 15 Dis. – Seorang pemandu Toyota Hilux terselamat selepas kenderaan yang dipandunya terbabas ke dalam gaung dianggarkan 20 meter di Jalan Pahang Batu 13 di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada pukul 8.46 pagi.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba Tapah yang tiba di lokasi kejadian mendapati sebuah kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux terbabas ke dalam gaung dianggarkan 20 meter.

“Mangsa seorang lelaki berusia 72 tahun keluar sendiri dari kenderaannya dan mengalami kecederaan ringan.

“Empat anggota penyelamat membuat kerja penyelamatan di lokasi mangsa terjatuh. Mangsa diletakkan di atas streacher dan dinaikkan.

“Mangsa diserahkan kepada pihak ambulans hospital,” katanya. – Perak Gazette

Gambar Ihsan JBPM

(Visited 47 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button