fbpx
Nasional

Raja Muda Perlis saran rancang, had perjalanan rentas negeri

Rancang dan hadkan perjalanan merentas negeri walaupun tidak perlu lagi kebenaran pihak berkuasa diumumkan kerajaan disesetengah tempat termasuklah yang telah ditamatkan lebih awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Juga pastikan pematuhan sepenunya SOP PKPP jika terpaksa membawa bersama kanak-kanak atau warga emas merentasi sempadan negeri ke kawasan berisiko tinggi Covid-19.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat singgah meninjau Sekatan Jalanraya (SJR) Sempadan negeri Perlis dan Kedah di Sanglang.

Keberangkatan baginda ke program yang disekalikan dengan aktiviti ‘MAIPs Peduli kali ke 63 bagi tahun 2020’ yang bermula dan berakhir diperkarangan Masjid Nurul Yaqin Kg. Tok Pulau, Simpang Empat anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama syarikat korporat UEM Edgenta tersebut disambut oleh Ketua Polis Daerah Kangar, Superitendan Wari a/l Kiew.


Turut hadir, Panglima Briged Ke 30 Infantri Malaysia yang baharu, Brigedier Jeneral Mohd Zaki Abu, Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta, Syahrunizam Samsudin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Menurut Wari dalam sembah taklimat beliau, ‘Jika masih terdapat keperluan pergerakan untuk merentas sempadan negeri buat masa ini, maka disarankan bergerak berseorangan sahaja dan tidak digalakkan untuk membawa bersama ahli keluarga lain yang boleh atau mudah terdedah kepada risiko virus Covid-19’.

‘Juga, elakkan merentas sempadan negeri bagi tujuan menghadiri majlis sosial yang terdedah dengan virus Covid-19’, tegas beliau.

Sempena program tersebut Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs berkenan menyampaikan bantuan agihan zakat MAIPs serta pihak UEM Edgenta dengan sumbangan ikhlasnya kepada tiga buah keluarga asnaf terpilih daripada kalangan anak kariah masjid berkenaan. Baginda turut menyerahkan sumbangan minum petang kepada para anggota pasukan keselamatan sebagai simbolik penghargaan daripada pihak MAIPs kepada sebahagian daripada petugas barisan hadapan negeri dan negara yang dibanggakan kita semua ini bagi menjamin penularan wabak ini terputus.

Show More

Related Articles

Back to top button