Nasional

Mengapa Arab Saudi sambut raya dahulu berbanding Malaysia? Ini jawapannya

Ilmu falak bukan terhad kepada melihat anak bulan sahaja sebaliknya ia bersifat universal yang meliputi semua bidang ilmu termasuk ilmu astronomi.

Menurut Ustaz Haji Mohd Shukri bin Haji Ali, ilmu Falak adalah salah satu cabang ilmu sains tabi’e yang mengkaji mengenai pergerakan dan sifat-sifat cakerawala atau objek samawi seperti bumi, matahari, bulan, bintang-bintang, buruj-buruj, planet, komet dan benda-benda langit lainnya dengan tujuan untuk mengetahui kedudukan objek itu serta nisbahnya berbanding kedudukan objek-objek yang lain.

Berdasarkan kedudukan geografi, Malaysia merupakan sebuah Negara yang berada lebih timur berbanding Makkah dan mendapat cahaya matahari lebih awal 5 jam berbanding Arab Saudi.

Justeru, timbul persoalan kenapa Malaysia raya lambat berbanding Makkah sedangkan negara kita menerima cahaya lebih awal ? Dalam konteks penentuan awal bulan islam pergerakan matahari bukanlah menjadi penentu sesuatu bulan islam.

Pada Aidil Adha tahun (1428M/2007H), pernah berlaku satu fenomena dimana ramai yang berpuasa pada 18 Disember dan meletakkan hukum sebagai HARAM berpuasa pada 19 Disember, kerana hari itu sudah dikira sebagai Hari Raya Aidil Adha yang telah disambut di Mekkah.

Tetapi ramai juga yang berpuasa pada 19 Dis dan berhari raya pada hari berikutnya.

Beliau berkata “kekeliruan ini disebabkan oleh dua faktor iaitu, sandaran hadis “Haji itu (salah satu rukunnya) adalah wuquf di Arafah” yang telah disalahtafsirkan khususnya ibadat puasa sunat 9 Zulhijjah, sehingga dianggap puasa sunat itu hendaklah bersamaan dengan tarikh Wukuf di Arafah sana.”

Faktor lain adalah kerana kurangnya kefahaman masyarakat dengan konsep penentuan awal bulan Hijrah seperti yang dibincangkan dalam isu penetapan puasa dan raya termasuk kriteria Imkanur-Rukyah, kedudukan hilal, berlainan terbit matahari dan sebagainya.

“Kita melihat kepada anak bulan (hilal) selepas matahari terbenam dengan syarat-syarat tertentu. Maka potensi untuk anak bulan dilihat di Arab Saudi adalah lebih tinggi berbanding Malaysia.” tambahnya lagi.

Hal ini dikuatkan lagi dengan Hadis dari Ummi Salamah, Daripada Ummi Salamah bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda; “Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang mahu berkorban maka hendaklah dia (orang yang hendak melakukan korban) jangan memotong rambut dan kukunya”. (Riwayat Imam Muslim).

Hadis di atas menjelaskan bahawa penentuan Aidil Adha itu adalah berdasarkan kepada rukyah anak bulan Zulhijjah dan tidak ditentukan berdasarkan Hari Wukuf di Arafah.

Manakala Rukyah pula mestilah tertakluk kepada matla’ yang menunjukkan kepada waktu terbit matahari dan waktu terbit bulan.

Kaedah penentuan awal bulan Zulhijjah adalah sama dengan cara penentuan awal ramadhan dan Syawal sepertimana yang telah dijelaskan dalam isu penentuan Ramadhan dan Syawal sebelum ini.

Oleh itu, bagi negara atau kawasan yang berlainan terbit matahari penentuan 9 Zulhijjah dan Aidil Adha adalah mengikut ketentuan imkanur-rukyah negara masing-masing berdasarkan hujjah feqah yang mengatakan “apabila kamu berada di suatu tempat, maka Jadilah kamu hukum tempat itu”.

(Visited 4,164 times, 3 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button