Nasional

Tidak semua ambulans dibeli bercirikan ‘negative pressure’

Tidak semua ambulans yang akan dibeli oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bercirikan ‘negative pressure’.

Ketua Setiausaha KKM Datuk Mohd Shafiq Abdullah dalam satu kenyataan berkata, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba tidak menyatakan sedemikian seperti yang dilaporkan oleh setengah-setengah media.

“Dalam kenyataan tersebut tidak semua 500 ambulans itu bercirikan ‘Negative Pressure Ambulance’ sebagaimana yang disalahfahami dan dilapor oleh pihak tertentu,” tegasnya.

Menurut Mohd Shafiq, KKM medapati terhadap keperluan mempunyai ambulan yang mempunyai ciri-ciri ‘begative presure’ untuk melawan pandamik Covid-19 pada masa ini dan di masa hadapan.

Ciri-ciri tersembut mempunyai sistem tekanan negatif, penapisan HEPA dan lampu ultra vilot khusus untuk kes penyakit berjangkit terutamanya jenis penyakit bawaan udara.


Beliau turut memaklumkan KKM telah mengiklankan tawaran tender untuk pemerolehan 490 ambulans bersama kelengkapan peralatan perubatan bagi kegunaan hospital dan klinik di seluruh negara.

Sebelum ini terdapat media dalam talian melaporkan bahawa KKM akan memulakan perolehan lebih banyak unit kenderaan ‘negative pressure ambulance’ bagi mengangkut pesakit COVID-19 ke pusat rawatan.-SM

(Visited 85 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button