fbpx
Ekonomi

Raja Muda Perlis lawat GWG Pauh

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah berkenan berangkat melawat pusat kajian dan penghasilan benih serta pusat pemprosesan jagung bijian milik Green World Genetics (GWG) Pauh Putra pada lewat petang kelmarin.

Keberangkatan tiba baginda sempena progran ‘MAIPs Peduli kali ke 46 bagi tahun 2020’ itu disambut oleh Ketua Bagi Wilayah Utara GWG, Low Wei Han dan Eksekutif Penghasilan Benih, Siti Norhaiza Zainal Abidin.

Kilang berkenaan yang terletak di Pusat Perindustrian Pauh Putra (PPP) merupakan antara yang awal memulakan operasi dan bakal memberikan impak kepada hasilan ekonomi di negeri Perlis.

GWG adalah sebuah syarikat tempatan yang menghasilkan biji benih hybrid jenis tropika dan kini sebanyak 18 buah stesen dengan keluasan tanah kira-kira 2,000 ekar sedang diusahakan di seluruh negara sejak 2007.

Menurut Low, untuk operasi di Perlis, GWG memberikan fokus kepada penghasilan benih jagung bijian sejak 2018 selain tanaman padi hybrid dan jagung manis hybrid. Ladang kontrak penanaman jagung bijian bersama petani telah juga diusahakan tanah seluas 82 hektar sejak tahun 2018 di utara.

“Dalam hubungan itu, GWG melaksanakan kerjasama dengan para petani tempatan dalam projek rintis benih hybrid padi di sekitar kawasan Padang Chempa Perlis yang mampu mempertingkatkan produktiviti menghasilkan 8.4 tan semusim,” kata beliau.

Pada masa ini, GWG Pauh Putra mempunyai 14 orang pekerja yang mana tiga daripadanya adalah graduan dan alumni Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Sehingga hari ini 12 pelajar UniMAP telahpun juga diserapkan sebagai pakar dalam bidang penghasilan biji benih hybrid selain turut menyediakan ruang melaksanakan latihan industri di sini.

Show More

Related Articles

Back to top button