Rencah Hidup

Ibu bapa sangup jual 4 anak yang masih kecil kesan kewangan

PADA tahun 1948 di Chicago, Amerika Syarikat selepas berlakunya perang, ekonomi menjunam dan memberi kesan ke atas kewangan rakyat di negara itu. Demi kelangsungan hidup, hilang segala norma kemanusiaan yang mana segala perkara sanggup dilakukan asalkan tidak kebuluran.

Seorang wanita berumur 24 tahun bertindak menjual empat orang anaknya yang masih kecil dalam lingkungan umur tiga  sehingga tujuh tahun.

Disebabkan keadaan yang sangat mendesak, mereka melelong anak-anak kecil ini dengan harga USD2 setiap seorang.

Keadaan kehidupan keluarga itu amat daif yang mana pada ketika itu, ibu kepada keempat-empat kanak-kanak malang itu juga sedang hamil anak  kelima manakala si bapa pula yang berusia 40 tahun yang bekerja sebagai buruh di ladang arang batu, dibuang kerja.

Ekoran dari kesusahan itu mereka terpaksa menjual anak-anak kerana tidak mampu menjaga mereka lagi.

Malahan mereka sekeluarga tidak lagi mempunyai tempat penginapan ekoran dihalau oleh tuan rumah dan merempat di jalanan kerana tiada punca pendapatan. – SM

(Visited 264 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button