Jenayah

Pukul pelanggan nasi kandar, lelaki didenda RM1,500

SEORANG lelaki dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Bahau atas kesalahan menumbuk seorang pelanggan di sebuah restoren nasi kandar pada 5 Mei lalu.

Mohd Isa Ramliee, 21 mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan keatasnya di hadapan Majistret Muhammad Hidayat Wahab.

Tertuduh pada 5 Mei jam 1.00 pagi bertempat di sebuah restoran nasi kandar di Bahau dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Muhamad Shahrul Nizam Mohd Yusni, 30.

Kesalahan berkenaan boleh dihukum mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, penjara hingga 12 bulan atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERITA HARIAN – SM


(Visited 61 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button