Jenayah

13 pegawai kanan polis dipanggil SPRM

Lindungi sindekt judi dalam talian, pengubahan wang haram

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil 13 pegbawai kanan polis bagi membantu siasatan berhubung sindiket perjudian dalam taliandan pengubahan wang haram.

Menurut SPRM, dua daripada 13 pegawai kanan yang dipanggil termasuk Ketua Jabatan dan Timbalan Ketua Jabatan satu kontinjen polis negeri dengan masing-masing berpangkat Asisiten Komisioner (ACP).

Memetik laporan BERNAMA, tiga lagi pegawai kanan yang dipanggil SPRM ialah yang berjawatan sebagai Ketua Polis Daerah yang mana dua daripada mereka, berpangkat ACP manakala seorang lagi, Supritendan (Supt.)

“Selain itu, lapan lagi pegawai polis dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes yang disiasat SPRM,” ujarnya sambil menambah, kesemua dipanggil, semalam.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, pihaknya telah memulakan siasatan dalaman melibatkan pelbagai aspek ke atas semua pegawai dan anggota yang ditahan.

Semua pegawai dan anggota, katanya, disyakit terlibat dalam salah guna kuasa dengan melindungi sindeket berkenaan serta menerima habuan dalam bentuk wang ringgit dan lain-lain.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Datuk Abdul Hamid Bador mengarahkan siasatan terperinci dilakukan susulan pendedahan kes sindiket perjudian dalam talian dan pengubahan wang haram sehingga tertangkapnya beberapa anggota termasuk pegawai kanan polis.

Pada 8 Oktober lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Azam Baki berkata, pihaknya telah mengesan ratusan syarikat ‘dummy’ yang diwujudkan bagi mengaburi pihak berkuasa berhubung sindiket berkenaan.

SPRM turut menyita 23 kenderaan mewah pelbagai jenis, antaranya Ford Mustang, Rollys Royce, Bently, Ferrari dan Porsche selain motosikal berkuasa tinggi yang dimiliki oleh ahli sindiket berkenaan, dipercayai hasil kegiatan haram.

Sebelum ini, SPRM telah memanggil pasangan artis untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang haram terbabit. – SM

(Visited 302 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button