Jenayah

Dipukul dengan topi keledar sebelum motorsikal dilarikan

SATU kejadian samun membabitkan seorang penunggang motorsikal di persimpangan lampu isyarat Persiaran Setia Dagang U13, Setia Alam, Shah Alam, awal pagi Ahad lalu.

Mangsa yang berusia 26 tahun itu mendakwa dirinya bukan sahaja disamun malah dipukul oleh sekumpulan lelaku yang tidak dikenali.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata insiden tersebut berlaku ketika mangsa dalam perjalanan menghantar barang ke rumah rakannya, kira-kira jam 4.30 pagi.

Mangsa yang bekerja sebagai pemandu peribadi kemudian dikata memaklumkan kepada isterinya berhubung kejadian itu, sebelum membuat laporan polis.

“Hasil siasatan mendapati mangsa mengalami lebam di bahagian mata dan pipi serta luka pada tangan kanan dan kiri, dipercayai akibat dipukul dengan tangan dan topi keledar oleh suspek.


“Mangsa turut mengalami kerugian berikutan telefon bimbitnya jenis Huawei Nova 4, dompet mengandungi dokumen penting serta wang RM50, dan motosikal mangsa didakwa dilarikan kumpulan suspek terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Bagaimanapun pihak polis masih menyiasat punca kejadian dan usaha mengesan kumpulan lelaki berkenaan sedang giat dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. Mana-mana individu yang ada maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Saiedayu melalui talian 03-55202222,” katanya. – Berita Harian – SM

(Visited 192 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button