JenayahNasionalNegeri

Tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia direman “pukau” suri rumah

TIGA lelaki termasuk seorang warga Indonesia direman berhubung kes “pukau” ke atas seorang suri rumah berusia 51 sehingga kerugian barangan kemas bernilai RM19,000 di Pasar Besar Sena, Kangar pada pukul 10 pagi semalam (3 Jun).

Tiga suspek yang berusia dari 52 hingga 65 tahun ini beralamat di Tampoi, Johor Bharu, Johor; Port Dickson, Negeri Sembilan dan Tanjung Pinang, Indonesia.

Polis memperoleh perintah reman ini setelah dikeluarkan oleh Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali selama empat hari mulai hari ini.

Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK).

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, mangsa telah didatangi oleh seorang lelaki Melayu dan seorang lelaki Indonesia yang tidak dikenali bertanyakan mengenai kesihatannya lalu meminta untuk ke kawasan yang berdekatan bagi melakukan pemeriksaan tersebut.

“Suspek telah meminta mangsa untuk menyerahkan dua gelang emas, dua bentuk cincin dan sepasang subang emas yang kesemua bernilai RM19,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Yusharifuddin berkata, suspek telah menukarkan barang tersebut kepada beberapa duit syiling, beberapa keping pelapik skru ke dalam sampul dan diserahkan kepada mangsa.

“Selepas itu kesemua suspek ini melarikan diri dengan sebuah kereta Saga Flex berwarna merah,” katanya.

Polis kemudiannya berjaya menahan kesemua suspek di Taman Intan, Arau setelah mendapat maklumat daripada orang awam. – SM

(Visited 314 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button