JenayahUncategorized

Lokman Adam ditahan di Bukit Aman semalam kerana intimidasi jenayah

BEKAS Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Adam ditahan polis malam tadi atas dakwaan intimidasi jenayah.

Lokman ditahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Dia juga disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana menghina.

Menerusi hantaran Facebook malam tadi, dia dikatakan merayu agar seorang peguam dihantar ke Bukit Aman.

Difahamkan, kesalahan yang didakwa ke atas Lokman mempunyai kaitan dengan catatan beliau di media sosial semalam. – FMT-SM


(Visited 77 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button