Uncategorized

Ada yang tak puas hati bila Siti Sarah buat baik, dituduh sengaja menunjuk

BERBUAT baik dengan memberi hadiah kepada petugas barisan hadapan (frontliner) tetapi dituduh sengaja menunjuk dengan memuat naik gambar di laman sosial.

Itu yang dialami oleh penyanyi, Siti Sarah selepas seorang pengguna media sosial Instagram menuduhnya segaja berlagak di laman sosial.

Menurut Siti Sarah, dia sendiri tidak faham mengapa dirinya dihentam kerana dia hanya menggembirakan petugas barisan hadapan sahaja.

“Yang marah sangat tu kenapa? Kita bagi benda haram ke sampai sakit hati tu? Sarah ni bagi dadah ke? Bagi air todi yang mabuk-mabuk tu ke?

“Frontliner tu ada yang tak cuti, banyak sangat dugaan yang mereka kena hadap. Ape yg Sarah bagi kecil sahaja, cuma nk buat mereka gembira,” katanya.

Menurut Siti Sarah lagi, ikhlas atau tidak tidak boleh ditentukan oleh seseorang. Sebaliknya perkata itu adalah rahsia Allah.

Dalam ruangan komen, ramai yang setuju dengan tindakan Siti Sarah yang cuba menggembirakan orang lain.

Apa yang menarik perhatian ialah apabila suami Siti Sarah sendiri iaitu Shuib yang turut meninggalkan komen.

Dalam komen tersebut, Shuib berkata ‘Siapa budak ni???? Bini aku jgn usik!!!!! Aku carik smpi dpt!!!!

Namun komen yang ditinggalkan Shuib itu tidaklah serius dan hanyalah sekadar gurauan. -SM

(Visited 241 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button