Hiburan

Pengerusi Stesen Radio Suria FM jelaskan kontrak Tyzo dihentikan

SEJAK seminggu lalu hangat diperkatakan apabila seorang Dj dari stesen swasta diberhentikan secara tiba-tiba sehingga mengundang kecaman dari orang ramai.

Oleh Pengerusi Star Media Radio Group Berhad (SMRG) merangkap Ahli Lembaga Pengarah Star Media Group Berhad, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Aminuddin Mohd Rouse tampil menjelaskan punca sebenar kontrak bekas penyampai radio Suria FM, Tyzo Xander ditamatkan pada minggu lalu.

Katanya, kontrak Tuah Zolqainain atau lebih mesra dipanggil Tyzo telah tamat pada Oktober tahun lalu kemudian menawarkan kontrak tambahan selama setahun kepada penyampai radio berkenaan namun Tyzo mahu menyambung kontraknya selama enam bulan sahaja.

‘’Kontrak Tyzo tamat pada 9 Oktober 2023 dan dua bulan sebelum itu (Ogos 2023), saya berjumpa Tyzo untuk lanjutkan kontrak dia selama setahun.

‘’Tyzo bersetuju tapi hanya nak lanjutkan selama enam bulan sahaja dengan alasan dia ada plan lain, nak fokus dengan perniagaan yang dilakukannya.

‘’Pendapat saya mungkin keputusan itu dibuat selepas dirinya memengani anugerah di ABPBH, dia rasakan dia lebih laku dan dapat tawaran di tempat lain.

‘’Seminggu selepas itu, Tyzo sekali lagi menyatakan dia hanya mahu menyambung kontrak selama enam bulan sahaja dan perbincangan itu disaksikan oleh DJ Lin dan beberapa barisan tertinggi Suria FM.’’ Jelasnya ketika sesi sidang media memperkenalkan barisan penyampai radio Suria FM.

Tambahnya lagi, walaupun Tyzo memenangi Penyampai Radio Popular namun ia sama sekali tidak memberi sebarang impak terhadap jumlah pendengar Segmen yang pernah dikendalikan sebelum ini iaitu Suria Petang bersama Sharifah Shahirah.

‘’Kesan kemenangan Tyzo pada ABP35 memang tiada bahkan jumlah pendengar semakin menurun dan itu kenyataannya.

‘’Bagi pendapat saya, sesuatu perlu dilakukan untuk pembaharuan Suria FM terjaga dan penamatan kontrak Tyzo adalah salah satu caranya.

Beliau juga berharap agar mana-mana pihak tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu tersebut, jika ada mereka tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kerana akan menjatuhkan reputasi stesen radio berkenaan.

3 penyampai radio Suria FM, Fizz Fairoz, Chiwan dan Kai

Dalam majlis tersebut turut memperkenalkan penyampai baharu Suria FM, Datuk Fizz Fairuz, Chiwan dan Kai Hassan.

“Kak Lin, terima kasih atas penganiayaan ini,” – Suria FM tidak sambung kontrak Tyzo

Tanggung Kerugian RM50,000, DJ Lin Kecewa Dengan Tindakan Fizi Ali Saat-Saat Akhir!

(Visited 92 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button