NasionalUncategorized

Alphard penuh disumbat rokok seludup

SEORANG lelaki ditahan selepas kenderaan jenis Toyota Alphard yang dipandunya didapati penuh dengan muatan pelbagai jenis rokok dipercayai rokok seludup.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kenderaan tersebut pada mulanya telah berhenti sebelum melalui satu sekatan jalan raya di Lebuhraya Lekas arah Kajang kira-kira pukul 1 pagi tadi.

“Suspek telah berhenti sebelum melalui sekatan jalan raya dan kita kemudian telah menahan kereta tersebut untuk membuat pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan menemukan beberapa guni yang mengandungi pelbagai jenis rokok dipercayai rokok seludup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut Mohd Zaid, pihaknya menemukan 2,700 karton rokok jenis Gudang Garam Surya dan Gudang Garam Nusantara merah serta hijau.

Ujarnya, kesemua rampasan rokok dianggarkan berjumlah RM130,000.

“Kes kini disiasar di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki rokok disyaki seludup.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung aktiviti penyeludupan boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Sarjan Mohamad Khir Bachok di talian 014-5307540,” jelasnya. -SM

(Visited 129 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button