Uncategorized

Perlis buka CPRC langkah berjaga-jaga cuaca panas

PERLIS sudah mula mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang risiko dengan keadaan cuaca panas yang melanda negeri ini.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) sudah mula dibuka bagi melakukan pemantauan serta menerima sebarang pentanyaan dan maklumat orang ramai berhubung cuaca panas.

Hotline CPRC Perlis adalah 04-9764086.

Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, Dr Ismuni Bohari berkata, bilik gerakan ini akan melakukan pengawasan rapi bagi mengesan sebarang gejala cuaca panas termasuk strok haba.

Katanya, antara langkah lain yang dilakukan termasuk mengadakan mesyuarat dengan Jabatan Pendidikan Negeri supaya dapat menwar-warkan isu berkaitan dengan cuaca panas sekarang.

Selain itu, katanya, pada minggu lepas juga pihaknya telah menggunakan dua slot di Facebook (FB) bagi menyampaikan maklumat mengenai cuaca panas kepada komuniti.

Selain itu, Dr Ismuni berkata, sehingga kini pihaknya menerima tiga aduan oleh dari pengunjung Bazar Ramadan mengenai penggunaan dawai kokot dan kertas akhbar yang digunakan bagi membalut makanan.

“Kita telah bertindak ke atas aduan yang diterima ini bagi memastikan peniaga patuh dalam menjaga keselamatan makanan yang dijual,” katanya.

Sebelum itu, Exco Kesihatan Negeri, Megat Hashirat Hassan merasmikan program “Kick Out Food Safety” di Bazar Ramadan Persiaran Wawasan di Kangar anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

Sempena program berkenaan diadakan juga agihan bubur lambuk untuk pengunjung dan peniaga.

Selain itu pegawai kesihatan juga mengambil sampel makanan dari peniaga untuk memastikan penyediaan dilakukan dengan bersih. – SM

(Visited 200 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button