Politik

Profil Waytha Moorthy dalam dialog anjuran NICRE di UK calar imej Malaysia 

LAMPIRAN profil Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy yang didakwa diedarkan dalam majlis dialog anjuran Northern Ireland Council for Racial Equality(NICRE) di bangunan Parlimen Northern Ireland, United Kingdom semalam mencetuskan pertanyaan.

Pada majlis itu Waytha Moorthy hadir selaku seorang menteri dari Malaysia yang memegang potfolio Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial dan beliau diberi penghormatan untuk memberi ucapan pembukaan.

Nabir Othman yang turut hadir dalam dialog tersebut sebagai wakil muslim tempatan dan rakyat Malaysia berkata, maklumat pada lampiran profil menteri yang diedarkan kepada hadirin dalam majlis itu amat mengejutkannya.

“Pada perenggan pertama lagi Malaysia digambarkan sebagai negara dengan undang-undang rimba yang tidak bertamadun. Selebihnya silalah baca sendiri. Saya merasakan ia tetap tidak relevan dengan kedudukan beliau sebagai seorang menteri yang memegang portfolio berkaitan.

“Malaysia telah merdeka lebih 63 tahun dan satu pertiga darinya telah dipimpin oleh individu yang sama menjadi PM hari ini. YB Moorthy seorang menteri dari JPM dengan latarbelakang seorang peguam sepatutnya tahu implikasi profil beliau mengenai pandangan luar terhadap Malaysia,” kata Nabir.

Menurut Nabir, melalui risalah profil yang diedarkan itu, beliau merasakan kerosakan imej telah berlaku terhadap Malaysia dan sebarang pertanyaan lanjut berdasarkan maklumat tersebut hanya akan membawa kepada kerosakan yang lebih parah.

Nabil turut berkongsi salinan lampiran profil itu di Facebook beliau Nabir Othman

Risalah profile Waytha Moorthy yang diedarkan kepada hadirin.

Pada perenggan pertama profil tersebut memaparkan maklumat Waytha Moorthy sebagai peguam jenayah di Malaysia dan banyak mengendalikan kes berkaitan masyarakat India di Malaysia.

Ini termasuk kes penafian hak kewarganegaraan terhadap masyarakat India yang lahir di Malaysia, pemaksaan memeluk Islam terhadap etnik India, perobohan secara paksa terhadap kuil hindu dan rumah ibadat dan penafian pemberian pampasan terhadap etnik India di estet dan ladang.

“Sahabat saya yang turut hadir sebagai penyampai ucapan bagi mewakili komuniti muslim di sini bertanya kepada saya secara peribadi untuk kepastian. Betulkah non Muslim di Malaysia dipaksa untuk memeluk agama Islam?

“Ajaran Islam apakah yang Malaysia amalkan dengan memaksa orang untuk memeluk agama Islam?” kata Nabir.

Jelas Nabir, kenyataan dalam profil Waytha Moorthy itu bukan hanya sekadar membabitkan Malaysia bahkan ia melibatkan dakwaan palsu mengenai ajaran Islam yang merentasi sempadan.

Tegas beliau, maklumat tersebut turut membabitkan dakwaan palsu mengenai ajaran Islam yang mempunyai pengikut sekitar 1.8 billion seluruh dunia.

“Saya hadir mewakili komuniti Muslim di sini. Dalam masa yang sama saya juga adalah seorang anak Malaysia. Serba salah samada untuk bertanya penjelasan lanjut atau mengawal kerosakan imej negara Malaysia di mata luar dengan tidak bertanya. Saya memilih yang kedua.

“Juga dalam konteks kami sebagai minoriti di sini. Tiada dalam ajaran Islam untuk memaksa orang memeluk agama Islam,” kata Nabir.-SM

(Visited 828 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button