Politik

Tun M lucut jawatan Muhammad Suhaimi sebagai SUK Bersatu

PENGERUSI Bersatu Tun Dr. Mahathir Mohamad melucutkan jawatan Kapten (B) Muhammad Suhaimi sebagai Setiausaha Kerja Bersatu.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, Muhammad Suhaimi dipecat daripada jawatan tersebut kerana telah menjangkaui kuasa yang ada pada beliau.

Dalam sidang media yang diadakan petang tadi, Dr. Mahathir turut mengumumkan Shazmi Miah sebagai Setiausaha Kerja parti itu yang baharu.

“Memandang bahawa Setiausaha Kerja ini sudah exceed dia punya powers, saya buat keputusan untuk lucut jawatan Setiausaha Kerja ini, so sekarang ini Kapten Suhaimi bukan lagi setiausaha kerja, dia tidak hak untuk tulis surat apa semua sebagai Setiausaha Kerja atau guna kertas parti Bersatu.

“Dan saya melantik orang lain untuk jawatan Setiausaha Kerja iaitu Datuk Shazmi Miah daripada Kelantan,” katanya.

Muhammad Suhaimi sebelum ini menandatangani surat memaklumkan keahlian Dr. Mahathir dan anaknya Datuk Seri Mukhriz dan tiga yang lain gugur daripada Bersatu.-SM

(Visited 306 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button