fbpx
Politik

Ronnie Liu salahkan Dr. M penyebab kerajaan PH tumbang

AHLI Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu mendakwa Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi penyebab jatuhnya Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek itu mendakwa, Dr. Mahatir masih tidak meminta maaf kepada rakyat berikutan tumbangnya Pakatan Harapan sebagai sebuah Kerajaan Persekutuan.

“Tun M lah yang menyebabkan kejatuhan kerajaan PH dan beliau belum lagi mengaku kesilapanya dan belum meminta maaf kepada rakyat,” kata Ronnie

Menurut Ronnie, sekiranya Dr. Mahathir tidak meletakkan jawatan dan mendengar nasihat Yang di-Pertuan Agong untuk tidak meletakkan jawatan maka semua masalah yang berlaku tidak akan terjadi.

Ronnie juga berkata, masalah juga tidak akan timbul sekiranya Dr. Mahathir menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dijanjikan.


“Jika Tun tidak melucutkan seluruh kabinet, tiada masalah. Jika Tun M tidak mencadang untuk menubuhkan sebuah kerajaan unity (perpaduan) tanpa PH dan mana-mana parti politik, tiada masalah.

“Akhirnya kerajaan PH tumbang kerana rampasan kuasa oleh orang parti Tun M sendiri, termasuk anak angkatnya AA dan timbalannya Moo.

“Semua katak-katak yang melompat daripada UMNO akhirnya melompat ke dalam kem Moo. Padan muka Tun M,” kata Ronnie dalam satu hantaran di Facebook beliau..-SM

(Visited 2 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button