Uncategorized

PRN Melaka: Perikatan Nasional bertanding di semua DUN

Perikatan Nasional turut meletakkan calon di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dalam pilihan raya negeri yang akan berlangsung pada 20 November ini.

Menurut Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin, parti komponen PN iaitu Bersatu, Pas dan Gerakan telah mencapai kata sepakat mengenai pembahagian kerusi dan senarai calon yang akan bertanding.

“Selaras dengan prinsip demokrasi dan tanggungjawab parti politik untuk menyertai pilihanraya serta kesedaran untuk menawarkan kepimpinan yang bersih dan berintegriti kepada rakyat negeri Melaka, Majlis Tertinggi Perikatan Nasional juga telah memutuskan bahawa Perikatan Nasional akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka,” katanya.

Bersatu akan bertanding di 15 kerusi, Pas (8) dan Gerakan (5).

Muhyiddin berkata, pengundi negeri Melaka boleh menjadikan rekod Kerajaan Perikatan Nasional mentadbir negara sebagai rujukan utama dalam pilihan raya nanti.


“Kita prihatin kepada nasib rakyat dan melaksanakan apa jua perkara yang boleh membantu rakyat menghadapi waktu yang paling sukar dalam hidup mereka.

“Saya tidak berniat untuk mendabik dada, tetapi lihatlah kejayaan yang kita capai hari ini dalam pengurusan pandemik dan bantuan untuk rakyat hasil daripada usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional.

“Inilah buku rekod kita yang akan kita bentangkan kepada rakyat ,” katanya dalam Majlis Pengumuman Calon dan Pemberian Watikah Pilihan Raya DUN Melaka hari ini.

Berikut senarai calon Perikatan Nasional (PN) dalam PRN Melaka:

P. 134 Masjid Tanah
N.01 Kuala Linggi – Aziah Mohd. Sa’ad (Pas)
N.02 Tanjung Bidara – Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Bersatu)
N.03 Ayer Limau – Dr. Nordina Abd. Latif (Bersatu)
N.04 Lendu – Abdullah Mahadi (Bersatu)
N.05 Taboh Naning – Abu Hashim Abdul Samad (Pas)

P135 Alor Gajah
N.06 Rembia – Zamzuri Arifin (Bersatu)
N.07 Gadek – Mohd. Amir Fitri Muharam (Bersatu)
N.08 Machap Jaya – Tai Siong Jiul (Bersatu)
N.09 Durian Tunggal – Ja’afar Othman (Pas)
N.10 Asahan – Dhanesh Basil (Gerakan)

P136 Tangga Batu
N.11 Sungai Udang – Dr. Mohd. Aleef Yusof (Bersatu)
N.12 Pantai Kundor – Mohamad Ridzwan Mustafa (Bersatu)
N.13 Paya Rumput – Muhammad Faris Izwan Mazlan (Bersatu)
N.14 Klebang – Bakri Jamaluddin (Pas)

P137 Hang Tuah Jaya
N.15 Pengkalan Batu – Mohd. Azrudin Md. Idris (Bersatu)
N.16 Ayer Keroh – Micheal Gan Peng Lam (Gerakan)
N.17 Bukit Katil – Muhammad Al Afiz Yahya (Pas)
N.18 Ayer Molek – Mohd Fadly Samin (Bersatu)

P138 Kota Melaka
N.19 Kesidang – Patrick Ng Chin Kae (Gerakan)
N.20 Kota Laksamana – Fong Khai Ling (Gerakan)
N.21 Duyong – Datuk Kamarudin Sedik (Pas)
N.22 Bandar Hilir – Clarice Chan Ming Wang (Gerakan)
N.23 Telok Mas – Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (Bersatu)

P139 Jasin
N.24 Bemban – Dr. Mophd. Yadzil Yaakub (Bersatu)
N.25 Rim – Azalina Abdul Rahman (Bersatu)
N.26 Serkam – Ahmad Bilal Rahaudin (Pas)
N.27 Merlimau – Abd. Halim Shapie (Pas)
N.28 Sungai Rambai – Muhammad Jefri Safry (Bersatu)-SM

(Visited 71 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button