Uncategorized

Malaysia tak perlukan British sebagai penjajah, cukup dengan manifesto PH!

Tahun 2022 menyaksikan tiada lagi Portugis, Belanda, Jepun mahu pun British membawa masuk imigran daripada Tanah Besar China atau benua India untuk bekerja di sektor perlombongan atau perladangan.

Namun menerusi manifesto Pakatan Harapan (PH) ‘Kita Boleh! Tawaran Harapan PRU15’ menyaksikan terdapat beberapa perkara yang jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam erti kata lain, pertambahan kumpulan manusia selain berbangsa Melayu dan Bumiputera boleh dilaksanakan menerusi pindaan undang-undang sekiranya PH menguasai 2/3 Dewan Rakyat.

Manifesto ini merupakan satu kebanggaan buat orang-orang Melayu moden dan satu peluang besar bagi kaum yang beranggapan mereka adalah minoriti dalam negara Malaysia berdaulat ini.

Bayangkan 1.2 juta warganegara China yang tidak dapat dikesan keluar daripada Malaysia seperti menurut laporan media sejak 2018, kesemuanya berusia menuju 60 tahun dan memiliki anak yang lahir di Malaysia.

Bukankah ini satu berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia kerana tidak sampai beberapa tahun selepas PH menerajui Kerajaan jika memenangi PRU15, pindaan berjaya dibuat secara holistik.

Hal ini demikian kerana dalam perkara ke-12 dalam Tawaran Harapan PRU15, PH jelas menyatakan walaupun pendatang asing tanpa izin, pelarian dan sebagainya, ada nikmat khusus bagi Kewarganegaraan Automatik:

Kewarganegaraan Automatik

Kewarganegaraan Malaysia secara automatik bagi golongan warga emas (60 tahun) yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak yang berstatus warganegara Malaysia.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi rakyat Malaysia yang bijak sana dan mengkaji kesemua manifesto gabungan parti yang mahu bertanding.

P/s: Kita yang pilih untuk ditekan penjajah moden atau terus mengelamun dengan permainan lalu yang tidak menguntungkan orang-orang Melayu!

(Visited 166 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button