Uncategorized

PRN Melaka: Meskipun berlaku pertembungan, PN tetap sokong Ismail Sabri

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Melaka tidak akan menjejaskan Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meskipun sekiranya berlaku pertembungan antara calon UMNO dan PN.

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ahli-ahli Parlimen PN tidak akan menarik sokongan terhadap Ismail Sabri.

Pada pandangan PN, pentadbiran kerajaan ketika ini berjalan dengan lancar menepati semangat Keluarga Malaysia yang mengetengahkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

“Tidak terfikir dan terlintas pun di fikiran kami kerana kita nampak kerajaan sedang berjalan dengan baik, malah gagasan Keluarga Malaysia sedang diusahakan dengan meriah.

“Kita lihat everything going very well, Insya-Allah kita akan teruskan dan mohon Allah SWT permudahkan urusan kita,” katanya kepada pemberita ketika hadir dalam program Senamrobik Perdana Peja Trofi 2021 di Padang Bola Sepak Lintau, Manjoi hari ini.


Apa yang penting, menurutnya, adalah memastikan undi orang Melayu tidak pecah selain penubuhan kerajaan baharu ditadbir dalam kalangan mereka yang benar-benar mahu memberikan khidmat kepada rakyat dan bukannya mementingkan kepentingan sendiri.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu berkatam mana-mana pihak yang berhasrat untuk memecahkan undi orang Melayu boleh dianggap sebagai mempunyai niat yang tidak baik.

PN menurut beliau, sentiasa mengamalkan sikap terbuka untuk bekerjasama dengan semua parti terutama UMNO yang mempunyai matlamat sama untuk membangunkan negara.-SM

(Visited 61 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button