Uncategorized

Keganasan tanpa henti di Baltimore, hampir menyamai pembunuhan beramai-ramai

BALTIMORE kemungkinan menutup tahun 2o19 dengan  kadar kes bunuh per-kapita tertinggi ekoran kes pembunuhan termasuk ke atas kanak-kanak yang dikaitkan dengan dadah, pergaduhan, duit dan sebagainya berterusan. Ia kelihatan seperti pihak berkuasa tidak mampu menghalang.

Polis merekodkan 338 kes pembunuhan sehingga Selasa lalu, ekoran kejadian tembak menembak yang berlarutan menyebabkan lapan orang ditembak – tiga daripadanya maut – dalam satu hari dan sembilan lagi –  seorang maut – pada hari berikutnya.

Pada 2018 jumlah kes bunuh ialah 309 dan hampir menyamai kes pada 2017 dan 2015 iaitu 345 orang, tahun di mana kejadian bunuh tiba-tiba meningkat.

Dengan jumlah penduduk melebihi 600,000 orang, kes bunuh di Baltimore boleh mencecah 57 kes untuk setiap 100,000 penduduk jika angka kematian mencecah 342.

Itu akan menyemai angka 1993 apabila bandar itu merekodkan 353 kes bunuh.

Sebaliknya, New York yang mempunyai lapan juta penduduk mempunyai 306 kes bunuh hingga 15 Disember.

Garisan kuning polis, tugu peringatan sementara dengan bunga menjadi pemandangan biasa di beberapa kejiranan di bandar ini. – AP

(Visited 81 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button