Parlimen

Sidang Khas Parlimen bukan perkara baharu

Sidang Khas Dewan Rakyat yang bermula hari ini, Isnin 26 Julai bukanlah satu hal yang baharu. Ia dibenarkan melalui Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 11 (3).

Sidang Khas Parlimen pernah diadakan pada 12 Januari 2009 di zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk mengutuk serangan tentera Israel terhadap Gaza.

Begitu juga semasa ketika Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri, dua Sidang Khas pernah diadakan, semasa tragedi insiden tembak jatuh pesawat MH 17 pada 23 Julai 2014 dan pada 21 Januari 2016 untuk membincangkan Perjanjian Perkongsian Trans- Pasifik.

Beberapa contoh Penerangan Menteri dan Kerajaan di Dewan Rakyat :

1. Memperingati Insiden Kemalangan Pesawat MAS MH370 ( 8/3/2017)

2. Penjelasan Lanjut Mengenai Kebakaran Di Hospital Sultanah Aminah (26/10/2016)

3. Penjelasan Lanjut Status Kemajuan Rundingan Isu Sempadan Maritim Malaysia ( 18/7/2019)

4. Penjelasan Berkaitan Isu Dana Politik RM2.6 bilion ( 3/12/2015). – SM

(Visited 185 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button