Parlimen

‘Wilayah Bebas Berniaga’ seolah-olah W. Persekutuan kawasan Ketereh

AHLI Parlimen DAP Teresa Kok hairan dengan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa bahawa Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan menjadi ‘Wilayah Bebas Berniaga’ selama enam bulan bermula Ahad ini.

Teresa dalam sesi perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini berkata, kenyataan Annuar itu seolah-olah Wilayah Persekutuan adalah kawasan Parlimen Ketereh di negeri Kelatan.

Teresa berkata, kenyataan Annuar itu agak bahaya kerana akan menyebabkan orang ramai melanggar undang-undang tempatan.

“Saya agak hairan dengan kenyataan yang dibuat oleh menteri ini kerana beliau seolah-olah Wilayah Persekutuan ini adalah kawasan Parlimen Ketereh di negeri Kelatan, yang mana semua orang boleh buka stall, meja, buka apa-apapun, jual apa-apapun di mana-mana tempat.

“Dan kenyataan seperti ini adalah agak bahaya kerana ia akan buka flap gate yang akan mengalakkan ramai orang di Kuala Lumpur dan Putrajaya melanggar undang-undang dan peraturan kerajaan tempatan,” kata Ahli Parlimen Seputeh itu.


Kenyataan Seputeh itu membuatkan Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim bangun membantah.

Shahidan berkata, dalam keadaan sekarang apakah pilihan yang negara ada untuk membantu ekonomi rakyat.

“Hey, Arau nak buka gerai dalam Parlimen ke. Sekarang Menteri Wilayah Persekutuan akan setuju.

“Ok, Datuk Yang Dipertua, esok kita akan lihat YB Arau akan buka gerai nasi lemak di Jalan Parlimen di sana ada ramai pegawai polis dan pegawai penguatkuasa, kita semua akan tolonglah Arau,” kata Teresa.

Annuar sebelum ini berkata, inisiatif ‘Wilayah Bebas Berniaga’ dibuat bagi membolehkan warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan meringankan beban susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikhususkan kepada warganegara Malaysia saja.

Annuar berkata, menerusi inisiatif baharu ini, penduduk Wilayah Persekutuan dibenarkan berniaga termasuk makanan, pakaian dan apa saja jenis perniagaan sehingga 15 April tahun depan.

Katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memberi kebenaran kepada warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai di sekitar bandar raya.

Annuar berkata, peniaga bagaimanapun perlu memohon lesen perniagaan sementara yang sah selama enam bulan di laman web DBKL yang ditawarkan secara percuma.-SM

 

 

 

(Visited 58 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button