NasionalParlimen

PKPD dilanjutkan: Pekerja swasta boleh dibuang kerja – YB Padang Serai

SESI Perbahasan di Dewan Rakyat pagi ini diteruskan dengan aman dengan dua Ahli Parlimen, masing-masing dari Arau dan Padang Serai menyatakan sokongan mereka kepada belanjawan yang turut membabitkan peruntukan Covid-19.

Yang Berhormat Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim agak tenang dalam menyatakan, “Kami sokong.” Beliau turut menyentuh tentang Bantuan Prihatin Nasional yang mana, Shahidan meminta agar peruntukan ditambah.

“Bantuan Prihatin Nasional dari RM450 dinaikkan kepada RM1,000 dan semua mendapat manfaat.

“Terima kasih kepada kerajaan dan kita minta, turunkan had bantuan RM4,000 kepada RM5,000. Semua boleh mendapat manfaat. Terima kasih kepada kerajaan bagi perhatian perkara ini.

“Rakyat gembira. DAP, semua parti PKR dalam Pakatan Harapan, sokonglah,” kata beliau.

Beliau menambah, selain program-program projek yang besar, beliau turut menyarankan agar anggota perubatan diambil secara kontrak.

“Short contract (kontrak jangka pendek) dipercepatkan membolehkan mereka memberi sumbangan dalam usaha menangani Covid-19

“Saya setuju dengan kawan-kawan, dari Bintulu. Kita buat perbandingan kes Covid-19 di negara kita sebanyak 82,246 kes.

“Kita nak tengok kes sembuh yang meningkat dan kita tahu 13,751 kes aktif. Kerajaan perlu tingkatkan usaha kes Covid-19 sembuh.

“Mana boleh dibaiki, baiki. Kerajaan tingkatkan peruntukan RM20 juta kepada RM45 juta untuk membolehkan perbelanjaan kepada masalah berbangkit tahun depan.

“Kita sokong dan minta, kalau boleh ada pertambahan dibuat untuk menghadapi Covid-19 dengan baik. Rakyat dapat ditolong semasa hadapi krisis ini,” kata Shahidan.

Yang Berhormat dari Padang Serai, Karupaiya Mutusami meminta agar Menteri Pertahanan, Kluster Keselamatan memberi perhatian tentang masalah penduduk di Parlimen Bagan Serai.

“Saya sokong dan minta Menteri Pertahanan beri perhatian tentang Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Bayam, Taman Kangkung, Taman Manis, Taman Bayam Indah, Taman Halia dan penduduk yang masuk di bawah Parlimen Bagan Serai.

“PKPD dilaksanakan selama empat minggu berturut-turut. Para pekerja swasta yang bekerja di Pulau Pinang dan Kulim Hi Tech Park tidak dapat pergi bekerja.

“PKPD dilanjutkan sebulan. Tidak ada pendapatan. Penduduk terkesan perlu disediakan wang perbelanjaan untuk biayai bil dan barangan rutin. Juga ibu bapa perlu siap sedia sekolah anak-anak pada Januari nanti.

“Kementerian berkenaan diharap dapat menamatkan PKPD jika tidak ada kes atau kurang kes baharu. Ramai penduduk tidak pakai gelang putih atau pink.

“Jika mereka tidak hadir kerja, mereka kena buang kerja. Boleh bantu kawasan saya. Gombak pun boleh setuju dengan saya,” katanya. – SM

(Visited 396 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button