Politik

Pemecatan Setiausaha Kerja Bersatu tidak sah

TINDAKAN Senator Datuk Marzuki Yahya yang mengeluarkan surat bagi memecat Setiausaha Kerja Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya adalah tidak sah.

Hal demikian disebabkan Marzuki sudahpun dipecat daripada jawatan itu pada Mac lalu melalui satu surat yang ditandatangani oleh Presiden, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BACA > Dr. Mahathir tolak surat pemecatan beliau — Suara Merdeka

Justeru, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang juga Menteri Dalam Negeri dipilih sebagai Setiausaha Agung yang baharu.

Menurut Hamzah, pelantikan itu juga mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dalam satu surat bertarikh 5 Mei 2020 kepada Muhyiddin.

“Dalam surat tersebut ROS menyatakan mengambil maklum di atas pelantikan saya sebagai Setiausaha Agung yang baharu berkuatkuasa pada 18 Mac 2020. Pelantikan ini selaras dengan Fasal 16 Perlembagaan Bersatu.

“Bagi tujuan rekod ROS mengkehendaki Bersatu untuk mengemukakan senarai jawatankuasa majlis pimpinan tertinggi yang baharu untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di ibu pejabat di bangunan Yayasan Selangor, Petaling Jaya hari ini yang turut dihadiri Muhammad Suhaimi, Datuk Seri Rina Harun dan Dr. Radzi Md. Jidin.

BACA > Terengganu kini Zon Hijau, Tiada lagi kes COVID-19 — Suara Merdeka
BACA > Adaptasi norma kehidupan baharu agar kekal bersemangat – Raja Muda Perlis — Suara Merdeka

Tambah Hamzah, ekoran penjelasan daripada ROS, maka tiada isu kewujudan dua setiausaha agung parti.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan kedudukan Muhammad Suhaimi adalah di bawah arahan presiden parti.

“Setiausaha kerja dilantik oleh Presiden sebaliknya bukan setiausaha agung.

“Oleh kerana itu selagi mana, presiden parti tidak memecat Muhammad Suhaimi selagi itu beliau adalah Setiausaha Kerja yang sah.

“Saya sebagai Setiausaha Agung mengesahkan bahawa beliau masih lagi Setiausaha Kerja,” jelasnya.

Terdahulu, Marzuki kononnya ‘dipecat’ daripada Bersatu selepas menandatangani surat pemecatan lima pemimpin parti itu.

Kelima-lima pemimpin itu adalah, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr. Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

BACA > ‘Kata nak pecat’, Dr. Mahathir tunggu di pejabat Bersatu — Suara Merdeka
BACA > Tun M lucut jawatan Muhammad Suhaimi sebagai SUK Bersatu — Suara Merdeka

Dalam sidang akhbar sama, Hamzah turut mengesahkan pemecatan mereka adalah berkuatkuasa selaras dengan perlembagaan parti. – SM

(Visited 387 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button