HiburanUncategorized

Penuh taktikal misteri, Syamsul Yusof sesuai sertai politik PRU-16 – Penganalisis Bebas

Pengarah tersohor tanah air, Syamsul Yusof dilihat amat sesuai untuk memasuki arena politik kerana krisis rumah tangga yang dipersembahkan langsung tiada beza dengan drama menjelang PRU-15 yang lalu.

Seorang penganalisis bebas, Mustaqeem Razak berkata, tidak kira mana-mana parti, dia membayangkan Syamsul bakal tampil sebagai seorang ahli politik luar biasa pada PRU-16 akan datang.

“Lihat sahaja skrip Syamsul ketika menafikan desakan Puteri Sarah. Dia mengatakan semua yang berlaku tidak benar, ia adalah fitnah dan netizen jangan memandai-mandai membuat sangkaan.

“Bayangkan Syamsul masuk politik dan wartawan tanya adakah Syamsul akan bergabung dengan parti lawan yang cukup dibencinya selama ini, pasti Syamsul mungkin akan bertegas dengan slogan ‘tolak tetap tolak’.

“Namun apa jawapan pada akhirnya klimaksnya tuan-tuan dan puan-puan? Bukan saya nak membelakangkan orang lain. Apa yang terjadi ini semua aturan Allah. Saya reda dengan ketentuanNya.

“Dari segi video baharu Syamsul juga, dia melontarkan skrip seperti Puteri Sarah yang lari ke luar negara untuk healing sedangkan realitinya, Syamsul yang block komunikasi antara mereka berdua,” katanya.

Mustaqeem berkata demikian dalam satu penulisan mengulas isu rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof yang mengesahkan baru sahaja menikah dengan Ira Kazar secara sah di Thailand.

“Kerana berpotensi didakwa mengikut Seksyen 40 (2), mereka berdua cuma perlu berdepan dengan hukuman denda tidak melebih RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

“Namun melihat sejarah kutipan filem-filem arahan Syamsul yang berjuta-juta nilainya, apalah sangat setakat nak kena bayar denda RM1,000 itu, kalau ada simpanan lepas pun masih boleh cover,” kata Mustaqeem. – SM

(Visited 302 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button