Politik

PRN bebaskan Johor daripada ketidaktentuan politik

PEMBUBARAN Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi diadakan pilihanraya dianggap sebagai satu langkah yang perlu dilakukan bagi membebaskan Johor daripada belenggu ketidaktentuan politik.

Selain itu, langkah tersebut dilihat dapat mewujudkan kestabilan yang mampu diterjemahkan melalui lonjakan ekonomi.

Itu pandangan Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamad yang juga berpendapat, Johor memerlukan mandat pilihanraya baharu dengan segera.

“Johor perlu mencatat kemajuannya sendiri. Selepas pandemik Covid-19, terdapat keperluan ekonomi yang mana Johor perlu sendiri menguruskan sepenuhnya.

“Sebagai negeri kedua terbesar di Semenanjung menguruskan sektor ekonomi sendiri dengan tumpuan meningkatkan lagi ekonomi domestic dan pendapatan rakyat Johor,” katanya.

Beliau berkata, bagi mencapai tahap ekonomi dan kestabilan, Johor memerlukan Menteri Besar dan pentadbiran berpengalaman, yang mempunyai sokongan kuat dan tanpa rasa takut terhadap ancaman daripada rakan gabungan lain.

“Hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) boleh menawarkan ini dan diharapkan kemajuan ekonomi kepada semua rakyat Johor berdasarkan situasi politik semasa,” katanya lagi.

Bekas Timbalan Menteri Persekutuan dan Ahli Parlimen itu berkata demikian ketika mengulas keperluan mendesak Johor mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) mengejut pada masa ini.

Untuk rekod, spekulasi bertebaran berkaitan dengan pentadbiran Negeri Johor yang diketuai Menter Besar, Datuk Hasni Mohammad (UMNO) yang berakhir lima penggal.

Dalam masa yang sama, sesetengah pemimpin UMNO berpendapat, Johor perlu menamatkan penggal dan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tahun depan.

Bagaimanapun, Nur Jazlan tidak bersetuju dan berkata, perubahan perlu dilakukan sekarang yang mana ia akan membawa manfaat kepada negeri itu. – SM

(Visited 183 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button