Politik

Anwar, Guan Eng dan Mat Sabu terdesak, cadang Tun M kekal sebagai PM

SAKI baki pemimpin Pakatan Harapan kini semakin terdesak untuk terus berkuasa dan mendakwa Tun Dr. Mahathir Mohamad telah diperalat.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Dr. Mahathir tidak tahu menahu tentang gerakan yang dijalankan dan menggunakan namanya di luar.
Anwar mendakwa perkara itu dijelaskan oleh Dr. Mahathir dalam pertemuannya di kediaman peribadinya pagi ini.
Sementara itu Muhamad Sabu turut mengeluarkan kenyataan selaku Presiden AMANAH bahawa parti berkenaan terus menyokong Mahathir sebagai Perdana Menteri dan memimpin Pakatan Harapan (PH).
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengulas perkara itu berkata, tindakan yang dibuat oleh para pemimpin PH itu jelas menunjukkan mereka sedang terdesak.

Annuar melalui twitternya berkata, Guan Eng dan DAP menerusi kenyataan media sebentar tadi mencuba STUNT DESPERADO TERAKHIR mereka.

“Beliau mencuba untuk menggunakan politik trademark DAP, iaitu melaga-lagakan pemimpin politik Melayu dengan harapan mereka dapat berpaut pada PH yg telah runtuh,” katanya.
Annuar berkata, Guan Eng secara lucu mengumumkan kononnya DAP akan calonkan Dr. Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri.
“Walhal DAP, termasuk Lim Kit Siang yang telah memberi tekanan kepada Tun Mahathir.
“Inilah kemunafikan DAP. Bukan menjadi rahsia lagi bahawa, dasar dan gelagat DAP lah yg membawa kepada merosotnya populariti PH, yang kini runtuh sama sekali,” kata Annuar.
Dr. Mahathir kini sedang mengadap Yang di-Pertuan Agong selepas menyerahkan surat meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri tengah hari tadi.
(Visited 467 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button