Ekonomi

MPM komited tingkat produktiviti pelabuhan

PIHAK pengurusan Megah Port Management (MPM) Sdn. Bhd., komited untuk meningkatkan perkhidmatan Pelabuhan Dermaga Merdeka Labuan bagi mengoptimumkan tahap  produktiviti lebih baik berbanding sebelum ini.

Pengarah Urusannya, Tan Sri Bakri Mohd. Zinin berkata, pihaknya selaku pengendali pelabuhan sedang giat menambah baik pasarana dan fasiliti dimiliki bagi memberi keselesaan kepada semua pihak terutama pengguna pelabuhan tersebut.

Beliau berkata, sejumlah RM10 juta peruntukan disedia bagi mempersiapkan persekitaran lebih baik dan berkualiti bukan saja kepada pelanggan malah kakitangan sebagai asas membangunkan modal insan berketrampilan serta berminda kelas pertama.

“Saya yakin kejayaan untuk menyampai perkhidmatan kepada pengguna pelabuhan amat bergantung kepada kecekapan tenaga kerja dan keupayaan para pegawai yang didokong petugas berkemahiran dan berintergriti.

“Kedua-dua asas ini penting dalam menjayakan misi menyediakan kemudahan pelabuhan yang strategik dan produktif untuk semua,” katanya berucap pada majlis pengambilalihan pengendali Pelabuhan Dermaga Merdeka semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Pebadanan Labuan, Dr. Fary Akmal Osman; Ketua Pegawai Operasi MPM Sdn. Bhd, Datuk Seri Patrick Tiong dan Pengarah Straits Inter Logistic Berhad, Datuk Chang Pooh Nee.

Sementara itu, menurut Bakri pengambilalihan itu sepatutnya berlaku 1 April lalu namun terpaksa ditangguhkan akibat penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa MPM Sdn. Bhd. sebagai pengendali baharu pelabuhan itu mampu membantu menjana ekonomi negara dan meningkatkan ekonomi Wilayah Persekutuan Labuan serta penduduk setempat. – SM

(Visited 454 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button