Ekonomi

Avra Health lancar produk baharu, MaxCmune

TERKESAN dengan penularan pendemik Covid-19 yang belum tahu bila akan tiba ke penghujungnya. Kesihatan merupakan aset utama kita untuk meneruskan kehidupan dalam waktu amat mencabar ini. Untuk memastikan tubuh kita mampu mendepani keadaan ini, Avra Health telah melancarkan produk makanan tambahan terbaharu mereka MaxCmune.

MaxCmune dihasilkan khas untuk mereka yang mementingkan kesihatan serta kecantikan dalaman. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Puan Zuleyana Ahmad yang merupakan Pengasas produk dan juga Puan Nurul Izzati yang merupakan Pengasas Bersama di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Menurut Zuleyana “MaxCmune merupakan makanan tambahan untuk meningkatkan system ketahanan badan lebih-lebih lagi system pernafasan kita. Ianya diformuslikan dari estrak Cendawan Susu Harimau, Madu dan Stevia yang kaya dengan Vitamin C dan D3. Produk ini juga bebas dari kandungan gula dan segala jenis bahan pengawet.”

Avra Health juga menawarkan peluang perniagaan menarik dan memberi latihan secara berkumpulan dengan menyediakan platform perniagaan bagi memudahkan peserta mempelajarinya.

Menurut Izzati “Mereka yang menyertai keluarga Avra Health sebagai ejen akan berpeluang p mempelajari Teknik keusahawanan termasuklah pengurusan perniagaan secara professional, teknik pemasaran digital dan pelbagai lagi aktiviti yang telah dirangka termasuk bahan pemasaran.”

“Syarikat menawarkan satu peluang niaga secara berkumpulan dengan menyediakan struktur peniagaan yang kukuh, system ganjaran yang adil serta latihan kesusahawanan yang tersusun untuk menyumbang kepada masyarakat yang lebih sihat sejahtera” katanya lagi.

Selain dari MaxCmune yang hadir dalam bentuk cecair, Avra Health juga mengeluarkan produk makan tambahan dalam bentuk serbuk MaxPlus. – SM

(Visited 373 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button