fbpx
PRK

PRK Kimanis: Isyarat positif di peringkat nasional – Hadi

PRESIEN Pas, Datuk Seri Hadi Awang menyifatkan kemenangan dengan majoriti lebih tinggi oleh Barisan Nasional PRK Kimanis sebagai satu isyarat positif di peringkat nasional.

Hadi berkata Pas mengucapkan tahniah atas kemenangan calon BN di PRK Kimanis, dan menyifatkan keputusan ini sebagai isyarat positif terhadap agenda Muafakat Nasional yang semakin diterima rakyat.

“Kemenangan dalam PRK di Sabah ini menunjukkan agenda penyatuan ummah dan perpaduan nasional yang dibawa oleh Muafakat Nasional semakin diterima rakyat bermasyarakat majmuk, dan mula merentasi Sabah dan Sarawak.

“Malah kekalahan berterusan PH dalam PRK ini menjadi isyarat penolakan rakyat terhadap budaya politik ekstrem dan fitnah melampau, di samping kegagalan PH menunaikan janji dan membela kebajikan rakyat,” katanya.

Pas katanya merakamkan setinggi penghargaan kepada para ahli dan petugas Pas yang membantu dalam kempen PRK ini dengan penuh kepatuhan, dan juga menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada hari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button