Politik

PN, UMNO antara ego atau maruah

KERJASAMA yang dibentuk UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melalui Perikatan Nasional (PN) cetuskan polemik ego atau maruah.

Ini kerana wujud perpecahan atau dua pihak terutama dalam kalangan penyokong UMNO sendiri sama ada mahu bersama atau memendam dendam.

Ada yang berpandangan UMNO sudah cukup kuat untuk tidak bersama dengan PN, begitu juga mereka yang berpandangan kerjasama adalah penting untuk kelestarian politik negara.

“Berdasarkan tinjauan dalam media sosial, berikut adalah kompilasi hujah-hujah kenapa seseorang itu menyokong kerjasama dengan PPBM dan PN.

“Hujah-hujah kenapa mereka tidak mahu bekerjasama supaya kita boleh memahami motivasi di sebalik penerimaan dan penolakan mereka.”

Kata Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz dalam satu kenyataannya baru-baru ini.

Menurut beliau, pihak yang menerima kerjasama dengan Bersatu dan PN menyifatkan kepimpinan dan ahli yang berjiwa besar dalam menyatukan orang Melayu dan Islam.

“Untuk memastikan pertandingan satu lawan satu dan mengelakkan pertembungan tiga penjuru agar risiko kekalahan dapat diminimumkan dan peluang kemenangan dapat ditingkatkan.

“Pemimpin dan ahli UMNO perlu berjiwa besar, sanggup berkorban, bersikap pemaaf dan sentiasa berusaha menyatukan orang Melayu dan umat Islam.

“Pemimpin dan ahli UMNO wajar bersangka baik dengan PPBM dan usaha menyatukan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti orang Melayu dan Islam.

“Demi menjaga kepentingan rakyat, umat Melayu, Islam dan agama Islam.

“Pemimpin dan ahli UMNO wajar mengutamakan masa depan parti dan perjuangan.

“Bukan mengutamakan kepentingan, kepuasan atau dendam peribadi dan kumpulan masing-masing,” katanya.

Tambah beliau, kumpulan ini juga mementingkan kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-15 nanti dan tidak mahu negara menjadi seperti ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan pandangan sekelompok lagi yang menentang kerjasama UMNO dengan PN kerana perbuatan khianat ahlinya dahulu lompat parti.

Malah, ada berpandangan tidak kisah jika UMNO kalah dan bersedia mengundi calon bebas atau parti lain jika mahu bekerjasama dengan Bersatu.

“Umno sudah kuat dan tidak perlukan bantuan parti lain selepas menang tujuh pilihan raya kecil (PRK). UMNO dan BN boleh menang walaupun ada pertandingan tiga penjuru.

“UMNO boleh menang walaupun pas bekerjasama dengan PPBM dalam PN.

“Pengkhianatan PPBM dan penghinaan yang mereka lakukan tidak boleh dimaafkan.

“Prasangka bahawa PPBM akan memusnahkan UMNO melalui kerjasama ini.

“Berprasangka buruk terhadap Presiden, Timbalan Presiden, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), ahli parlimen dan pemimpin yang terlibat dalam rundingan PPBM.

“Kononnya pemimpin ini sudah mabuk kuasa, hanya mementingkan diri sendiri, telah dibeli dan rasuah.

“Emosional, pentingkan diri dan self-destructive contoh, tak mengapa UMNO kalah, kami akan undi bebas dan tidak peduli jika DAP dan pakatan menang asalkan tidak bekerjasama dengan PPBM,” jelasnya.

Kata Tun Faisal lsmail lagi, kelompok sedemikian mendesak supaya UMNO bertanding semua kerusi dalam PRU-15 dan memboikot calon yang tidak mahu mendengar cakap ahli dalam pemilihan parti nanti.

“Itulah hujah dan sikap yg sepanjang beberapa hari ni kita lihat daripada penentang permuafakatan dan kerjasama UMNO dan PPBM.

“Dulu kita dengan Pas pun macam tu, Pas dengan kita pun mcm tu…

“Antara dua pihak ini, siapa pada pandangan anda lebih rasional dan lebih mengutamakan kepentingan parti dan perjuangan? Anda di pihak yang sebelah mana?” soalnya. – SM

(Visited 166 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button