Hiburan

Pakai face mask tutup hidung dan mulut, bukan tutup dagu ya Aliff Syukri

SAMA ada sinonim atau sememangnya sudah menjadi ‘makanan’ apabila dikecam netizen kerana pengusaha kosmetik Datuk Aliff Syukri bukan sahaja ‘kebal’ Covid-19 bahkan dia tidak ambil peduli pun tentang memakaian topeng muka atau face mask dengan kaedah yang betul.

Aliff jangan melentinglah ya atau marah-marah apabila sikapnya itu mendapat perhatian warga net kerana mereka nampak dia tidak pakai face mask dengan betul ketika berkunjung ke Pulau Langkawi.

Memanglah kerajaan mahu menghidupkan industri pelancongan negara menerusi pengenalan pertama Gelembong Pelancongan dengan Langkawi destinasi pertama.

Tetapi tidak boleh nak bayangkan jika pelancong ke Langkawi bersikap seperti Aliff Syukri.

Kalau disekolahkan kaedah pemakaian face mask yang betul, rasanya Aliff Syukri boleh jadi anak murid kerana kalau percutian dan perjalanan ke Langkawi boleh dimuatnaik dalam vlog atau Instagramnya, mungkin sekolah pakai topeng muka yang betul bolehlah ada anak murid seperti Aliff Syukri.

Ramai yang menegur tindakan Aliff Syukri yang dilihat memakai face mask dibahagian dagu dan mendedahkan hidung serta mulut sedangkan bahagian anggota yang terdedah itulah yang patut ditutup dengan face mask.

Mengapa? Kerana kalau mereka termasuk Alif Syukri batuk atau bersin, kuman yang keluar dari rongga hidung dan mulut mereka akan terperangkap dalam face mask mereka dan tidak terbang kepada orang lain.

Mudah sahaja kalau pemakaian face mask mengikut spesifikasi yang telah diajar sejak tahun lepas lagi kecuali otak timba buruk, sukar nak terima sesuatu yang diajar itu walaupun kaedahnya mudah yang amat sangat.

Kata salah seorang netizen, “Aliff Syukri ni suka sangat turunkan mask tu… setiap kali di tempat orang ramai, mesti buka.”

Benar apa yang ditulis oleh netizen, “Pakailah mask tu betul-betul walaupun nak bercuti. Mask bukan pakai di dagu.” – SM

(Visited 255 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button