NasionalPolitikUncategorized

DAP P. Pinang tak payah nak kecewa sangat

TIDAK perlu DAP Pulau Pinang melalui Naib Pengerusi Kebangsaan parti itu menzahirkan rasa kecewa kerana tidak ada seorang pun daripada tujuh Ahli Parlimen DAP Pulau Pinang yang dilantik memegang portfolio sebagai menteri penuh dalam Jemaah Menteri, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jemaah Menteri yang dilantik mengangkat sumpah hari ini di Istana Negara di hadapan Yang Di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Turut berangkat menyaksikan pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan setia dan sumpah simpah rahsia Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Naib pengerusi kebangsaan DAP, Chow Kon Yeow kecewa kerana tiada seorang pun daripada tujuh Ahli Parlimen DAP di Pulau Pinang diberi jawatan menteri penuh.


Sedangkan, katanya, Ahli Parlimen daripada parti yang memenangi lebih sedikit kerusi pada PRU15 dilantik menjadi menteri.

“Mengikut pandangan awal kami, (barisan Jemaah Menteri) ini tidak seimbang agihannya. Kami terima ada empat menteri DAP tetapi bilangan itu lebih sedikit berbanding parti lain.

“Kami kecewa. Namun, kami faham ini ialah kerajaan perpaduan dan perdana menteri mempunyai kuasa untuk melantik sesiapa yang beliau mahu,” kata ketua DAP Pulau Pinang itu kepada pemberita di Batu Kawan seperti dilaporkan FMT.

Bawah Pakatan Harapan (PH), DAP menang 40 kerusi, manakala PKR menang 31, Amanah lapan dan Upko dua. Muda, yang berganding dengan PH dalam pakatan pilihan raya, memenangi satu kerusi.

Menteri lain terdiri daripada enam Ahli Parlimen BN (Umno); lima daripada Gabungan Parti Sarawak (PBB, PRS dan PDP), dan seorang daripada Gabungan Rakyat Sabah (Bersatu Sabah).

Mohd Na’im Mokhtar yang memegang portfolio hal ehwal agama bukan ahli mana-mana parti pun. – SM

(Visited 1,178 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button