Politik

PM rasmi Pan Borneo Jajaran Serian, harap GPS jadi Kerajaan Negeri Sarawak

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap Kerajaan Negeri Sarawak terus ditadbir oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Dalam ucapan Perasmian Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak bagi Jajaran Serian, Pakej Kerja 03, Ismail Sabri berkata, banyak projek di negeri itu terhenti apabila Pakatan Harapan mengambil alih pentabdbiran negara selama 22 bulan.

“Perancangan kita terhenti selama 22 bulan selepas perancangan kerajaan BN yang lepas. Bajet telahpun diluluskan untuk projek Fasa 2.

“Tapi apabila bertukar BN ke PH. Bajet itu dibatalkan. Sebab tu tak dapat teruskan projek-projek Pan Borneo Highway, missing link, red line.

“Kalau tak berlaku pertukaran pasti akan diteruskan, Kerajaan Pusat melihat perkara ini penting untuk rakyat Sarawak bagi memudahkan perjalanan dan meningkatkan ekonomi,” katanya.

Ismail Sabri berkata, banyak lagi perancangan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri bagi kemudahan rakyat Sarawak.

Kesemua perancangan mudah dilakukan kerana hubungan antara kerajaan pusat dan negeri yang rapat termasuk hubungan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sarawak yang rapat.

“Oleh itu, tak boleh ada perbezaan pendapat dan fahaman antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
Saya harap kerajaan GPS akan terus kekal memerintah Sarawak

“Komitmen saya, Menteri Kanan Kerja Raya dan Ketua Menteri Sarawak akan teruskan perbincangan bagaimana nak teruskan Fasa 2 Pan Borneo, Red Line dan Missing Link.

“Kita tidak akan terhenti di sini, kita akan teruskan sehingga segala projek ini tercapai,” kata Ismail Sabri.

Menurut Ismail Sabri, Kerajaan Persekutuan sentiasa memberi keutamaan terhadap pembangunan Sabah dan Sarawak.

Ini terbukti, apabila peruntukan perbelanjaan pembangunan infrastruktur bagi Negeri Di Bawah Bayu dan Bumi Kenyalang adalah lebih 20 peratus daripada peruntukan pembangunan Bajet 2022 yang diagihkan ke negeri-negeri di Malaysia.

“Langkah ini bagi memastikan negeri Sabah dan Sarawak bersama-sama membangun seiring dengan aspirasi Keluarga Malaysia.

“Ia sekali gus dapat merapatkan lagi jurang pembangunan antara dua negeri ini dengan negeri- negeri lain di Semenanjung Malaysia,” jelasnya.

Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak adalah hasil perancangan rapi dan bersifat holistik antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri melalui Highway National Development Planning (HNDP).

Pelaksanaan projek tersebut merupakan bukti komitmen Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan rangkaian jalan raya sedia ada, secara lebih terancang, sistematik dan efisien bagi meningkatkan kesalinghubungan Keluarga Malaysia di Sarawak.-SM

(Visited 380 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button