Politik

Anwar puas hati pertemuan dengan Dr Mahathir

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan pertemuan bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

Pada pertemuan itu kata Anwar, mereka telah membincangkan beberapa perkara dan turut bersetuju bagi mengutamakan prinsip untuk meneruskan agenda perubahan.

Bagaimanapun Anwar tidak mendedahkan butiran pertemuan berkenaan.

“Saya tak boleh sebut apa, memadai kita jelas setakat itu, mesyuarat yang sangat baik,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR di Merchant Square.

Pada masa sama Anwar meminta para pengikutnya supaya tidak tunduk kepada kumpulan yang mengkhianati amanah rakyat dalam Pilihanraya Umum 14 (PRU14) lalu.

“Kita jangan mudah tunduk kepada gerombolan yang mahu mengkhianati amanah rakyat dalam PRU14 yang lalu,” katanya.

 

(Visited 99 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button