Politik
Trending

Servis guaman apa yang isteri Guan Eng beri? – Najib

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan kononnya yuran guaman dibayar kepada isteri Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Betty Chew.

Menurutnya, persoalan timbul apabila yuran guaman yang dikenakan oleh Betty amat tinggi bagi sebuah syarikat baharu dua tahun ditubuhkan.

“Kos guaman untuk servis apa yang dibekalkan?

“Guan Eng kata isterinya tak patut didakwa sebab bayaran RM372,000 dari syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd milik Phang Li Koon.

“Syarikat itu banyak berurusan dengan kerajaan DAP Pulau Pinang, kepada isterinya itu bukan rasuah tetapi cuma yuran guaman.

BACA > Harga pelitup muka tiga lapis serendah RM1 seunit – Suara Merdeka

“Tetapi syarikat Excel ini syarikat yang baharu didaftar pada 26 Jun 2013.”

Demikian kata Najib Razak dalam Facebooknya menempelak penafian Guan Eng terhadap pertuduhan yang diterima isterinya di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang.

Jelas Najib Razak lagi, beliau turut mempersoalkan jumlah wang yang diterima Betty sebanyak RM372,009 itu.

Katanya, jumlah tersebut hampir menyamai modal berbayar syarikat Excel Property Management & Consultancy ketika ditubuhkan.

“Jumlah terkumpul pendapatan syarikat itu untuk dua tahun pertama beroperasi cuma RM594,000.

“Dengan modal berbayar RM400,000 pada ketika isteri Guan Eng dibayar.

BACA > Putra Perak buat laporan SPRM terhadap Ahmad Fayhsal – Suara Merdeka

“Entah kenapa sebuah syarikat yang baru ditubuh terus kena membayar kos yuran guaman begitu tinggi.

“Sehingga ianya mencecah 62.5 peratus pendapatan dua tahun syarikat yang juga menelan hampir kesemua modal berbayar syarikat tersebut.

“Mungkin persoalan ini akan terjawab dalam perbicaraan mahkamah kes Guan Eng dan isterinya nanti,” katanya.

https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10157277514365952/?type=3&theater

Terdahulu, Betty didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Anti Keganasan dan Hasil Kegiatan Haram 2001.

Isteri Guan Eng itu dikatakan menerima suapan berjumlah RM372,009.

Beliau didakwa dengan tiga pertuduhan, yang pertama adlaha menerima sejumlah wang berjumlah RM87,009 di Public Bank, Taman melaka Raya antara 7 Oktober 2013 dan 4 Oktober 2014.

Kedua pula beliau dikatakan menerima suapan sebanyak RM180,000 daripada syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd pada 3 September 2013 dan 11 Ogos 2014.

BACA > Guan Eng kesal fi guaman jadi pertuduhan rasuah – Suara Merdeka

Kemudian, dalam pertuduhan ketiga, beliau didakwa menerima RM105,000 dalam akaun peribadinya pada 4 September 2015 dan 3 Mac 2016. – SM

(Visited 580 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button