Nasional

PKPB di Kampung Padang Che Mas, One Utama dibuka esok

KAMPUNG Padang Che Mas di Baling, Kedah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selepas 25 kes positif Covid-19 direkodkan di kawasan tersebut.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakon berkata, PKPB itu berkuatkuasa pada 18 Oktober ini sehingga 31 Oktober.

“Sehingga 12 Oktober, seramai 236 individu telah disaring secara bersasar dan diberikan arahan kuarantin wajib selama 14 hari di rumah dan memakai gelang kuarantin.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 25 kes positif COVID-19 telah direkodkan melibatkan 5 buah keluarga dan 100 masih menunggu keputusan saringan,” kata Ismail Sabri hari ini.

Penguatkuasaan PKPB itu akan melibatkan seramai 1,150 penduduk dan 151 buah rumah di kawasan kampung itu.

Sementara itu, Kompleks One Utama Mall, Bandar Utama, yang telah diarahkan tutup pada 11 Oktober akan dibuka semula esok.

Sehingga 15 Oktober lalu petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan ujian saringan Covid-9 ke atas 6,000 orang  termasuk pekerja, penyewa dan petugas serta 110 pengunjung.

“Mereka yang didapati positif telah dihantar ke hospital untuk rawatan, kontak tidak bergejala pula telah dikuarantin selama 14 hari manakala yang bergejala telah diarahkan untuk pemeriksaan lanjut di klinik kesihatan berhampiran.

“Dengan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang telah diambil oleh pihak pengurusan Kompleks serta atas nasihat KKM, sidang khas hari ini bersetuju membenarkan kompleks One Utama Mall kembali beroperasi semula bermula 17 Oktober,” kata Ismail Sabri.

Kompleks membeli-belah itu ditutup pada 11 Oktober bagi tujuan ujian saringan COVID-19 kepada semua pekerja dan melakukan aktiviti pembasmian kuman.-SM

 

 

(Visited 434 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button