Nasional

Warga emas gembira dibenarkan berjemaah

Senyuman kegembiraan terukir pada wajah warga emas yang diberikan kebenaran untuk mengikuti jemaah solat di masjid negeri Perlis.

Berita gembira tersebut diperoleh ekoran titah perutusan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang dikeluarkan semalam, antara lain telah memberikan kelonggaran kelayakan jemaah solat di masjid yang sebelum ini dihadkan dari usia 18 hingga 59 tahun namun dibuka kepada golongan warga emas.

Selain itu, titah berkenaan turut memberikan kelonggaran kepada mereka yang mempunyai penyakit seperti kencing manis, Selain itu, kelonggaran turut diberikan kepada pesakit kencing manis, darah tinggi, lelah, penyakit barah, dan sebagainya dengan syarat sihat tubuh badan.

Dalam perkembangan sama, Tuanku Syed Faizuddin Putra telah berkenan meluangkan masa beramah mesra dengan dua warga emas, Ahmad Ismail, 92 dan Khamis Mahmud, 93 masing-masing merupakan jemaah yang konsisten dari Kariah Padang Melangit dan Abi.

Terdahulu baginda berangkat menunaikan Solat Fardu Jumaat di Masjid As-Sakinah Padang Melangit bersama para jemaah yang terpilih.

Keberangkatan baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Dr Hj Hazman Hassan.

Ahmad Ismail yang ditemui melahirkan rasa syukur kerana telah diberikan peluang untuk kembali menunaikan solat berjemaah setelah hampir 3 bulan tidak dibenarkan ekoran penularan pandemik wabak Covid-19 yang melanda dunia.

“Saya berharap agar semua pihak memainkan peranan mereka menjaga keselamatan diri dan keluarga. Walaupun ini merupakan kali pertama kita menghadapinya, namun saya amat berharap perkara seperti ini tidak akan berulang kembali,” kata beliau.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berkenan berangkat menyantuni asnaf, Siti Qadijah dan Siti Qadirah Anissobri di kediaman mereka dekat sini. – SM

(Visited 211 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button