Nasional

Fahmi Reza dikritik persenda Ketua Pengarah Kesihatan

Pereka grafik Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin dikritik oleh warganet kerana mempersendakan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam karya yang dikongsi di media sosialnya.

Antara karyanya, Fahmi Reza mengambarkan Dr. Noor Hisham sebagai boneka Mikey Mouse dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali pula sebagai Tok Dalang yang memegang boneka tersebut.

Fahmi Reza

Fahmi Reza dipercayai menyindir hukuman ringgan sebanyak RM1,000 yang dikenakan terhadap Mohd Khairuddin yang tidak mematuhi arahan kuarantin selepas pulang dari luar negara seperti rakyat lain.

Menurut warganet, tindakan Mohd Fahmi Reza mempersenda Dr. Noor Hisham sebagai tidak wajar kerana menyeret Ketua Pengarah Kesihatan ke dalam politik.

Menurut mereka, Dr. Noor Hisham hanyalah seorang penjawat awam yang tidak sepatutnya diseret dalam polimik yang melibatkan Mohd Khairuddin seorang ahli politik.

This is not right. Nak salahkan ahli politik, silakan. Tapi salahkan penjawat awam yang hanya melakukan tugas memang tidak patut. Shame on you bro,” kata @bosmeor membalas ciapan Fahmi di Twitter.

“Kami tiada masalah jika awak nak buat bahan jenaka Dr. Khairuddin. Tetapi jangan jadikan Dr. Noor Hisham sebagai bahan jenaka,” komen @zairilazrol.

Dude this is uncalled for. He is a civil servant. Leave the non politicians alone,” kata @terrencedass.

“Penjawat awam dengan minister pun tak reti beza,” komen @athienss.

“Der gambar der. Orang tu non stop kerja kot. Ada kau nampak dalam sidang media dia cakap pasal jatuhkan hukuman denda bagai? Kita semua memang penghasut, tapi ni macam dah melampau sangat. Agak-agak la, aku memang kagum dengan “seni” kau. Tapi untuk yang ni, better delete der..semoga kau dipermudahkan,” nasihat @fivezalozile.

“Aku meluat dengan Takiri tapi kau konon atas pagar rasa diri tu cool sangat lah? Freedom sangatlah? Art sangatlah? Poddah,” kata @mdshaharil.

“Orang bodoh je marah Hisham. Dia hanya penjawat awam sahaja,” komen @nuaryeah.

Satu lagi karya Fahmi yang dilihat mempersenda Dr. Noor Hisham turut mengundang kecaman warganet.

Dalam karikatur tu kedua-dua tangan Dr. Noor Hisham menutup mulutnya dengan berlatarbelakangkan seolah-olah logo parti Pas.


“Sedih pulak aku tengok gambar ni…orang lain buat hal, dia terpalit sama,” kata @kinorief.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kompaun ke atas Dr. Mohd Khairuddin setelah didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.7) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).
Dr Khairuddin dilaporkan pulang dari Turki pada 7 Julai dan dikompaun RM1,000 pada 7 Ogos lalu.-SM

 

(Visited 644 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button