Nasional
Trending

PKP: Salah guna pas ‘PETUGAS KESIHATAN’

TIDAK bertanggungjawab, tindakan segelintir individu mengambil mudah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menyalahgunakan pas ‘Petugas Kesihatan’.

Tindakan sedemikian dipercayai bagi melepasi sekatan jalan raya.

Itu antara teknik digunakan oleh individu yang mungkin tidak kisah jika dirinya dijangkiti virus Koronavirus (Covid-19) apabila sanggup menipu pihak berkuasa.

[BACA] Amaran: Jangan bermegah, rasa diri hero langgar PKP — Suara Merdeka

Berdasarkan gambar yang dikongsi di Facebook Mizi Hamid, beberapa individu mengambil kesempatan ke atas kelonggaran diberikan kepada isterinya.

Menurut status dalam gambar tersebut, pemuatnaiknya mendakwa isterinya bekerja sebagai petugas kesihatan yang dipanggilnya sebagai ‘Frontliner’.

Katanya, dengan menggunakan pas milik isteri, dia mudah untuk ke mana-mana dan melepasi sekatan jalan raya.

Selain itu, terdapat juga individu tidak bertanggungjawab menggunakan alasan ‘tiada orang jaga anak’ dan ‘mahu ke hospital’ untuk melepasi sekatan jalan raya.

Gambar dimuatnaik daripada tangkap layar aplikasi Whatsapp itu menunjukkan perbualan seseorang menggunakan alasan sedemikian bagi melepasi sekatan jalan raya.

PETUGAS KESIHATAN

Malah dengan menggunakan alasan itu juga, dia mendakwa berjaya membawa sekeluarga menaiki kereta ke Kuala Lumpur dari lokasi yang tidak diketahui.

“Alhamdulillah, sudah selamat sampai Kuala Lumpur bawa satu keluarga. Tips dia nak bawa nak pergi hospital, anak-anak yang belakang tak ada orang hendak jaga,” katanya.

[BACA] Tiga lelaki dihukum penjara, denda bermain golf ketika PKP — Suara Merdeka
[BACA] 30 pelajar Malaysia dari Sepanyol, UK dan Indonesia pulang ke pangkuan keluarga — Suara Merdeka

Menurut Mizi Hamid, dia menegaskan supaya orang ramai tidak menyalahkan pihak berkuasa yang terpaksa mengambil tindakan tegas akibat daripada kelakuan individu tidak bertanggungjawab.

“Jangan salahkan polis jika mereka tidak benarkan atau saman anda. Cuba lihat kenapa mereka terpaksa bertegas. Cuba ada sifat belas kasihan pada mereka. Mereka juga punya keluarga,” luahnya.

PETUGAS KESIHATAN

Sementara itu, status tersebut turut mendapat perhatian seorang petugas kesihatan, Muhammad Taufiq Shukor, dalam Facebooknya, beliau menzahirkan kekesalan terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu.

Katanya, individu sedemikian memandang mudah PKP dan kawalan yang dilakukan pihak berkuasa bagi memastikan rantaian jangkitan Covid-19 dapat diputuskan.

“Benda ini mudah sahaja, cuma kau bagi susah dan akan menyusahkan orang lain yang betul-betul perlu guna benda itu (Pas Kesihatan).

“Bagi yang berjaya sampai Kuala Lumpur, kau baharu sahaja buka peluang anak dan keluarga untuk jumpa dan gunakan ventilator. Tak nak doa yang jahat-jahat, semoga tuhan balas setimpal untuk kau dan tak menyusahkan kami ‘Frontliners’ kelak,” tegasnya.

[BACA] PKP: Manusia duduk dalam rumah, burung tempua bebas buat sarang — Suara Merdeka
[BACA] PKP: Makan tikus bakar sebelum dapat bantuan — Suara Merdeka

Dalam pada itu, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, melaporkan seramai 1,057 individu ditahan pihak berkuasa semalam.

Berbanding kelmarin, 15 April, seramai 1,315 orang ingkar arahan penguatkuasaan PKP. Walaupun PKP fasa ke-3 baru masuk hari kedua, namun lebih seribu orang ditahan kerana ingkar. – SM

(Visited 997 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button