Nasionalpilihan

Taktik kotor letak tabung derma tahfiz, madrasah tidak wujud

Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mendedahkan taktik kotor segelintir institusi, pusat tahfiz dan madrasah yang tidak wujud dengan meletakkan tabung derma secara haram di beberapa premis sekitar Bandaraya Melaka.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, tabung yang diletakan untuk menagih simpati orang ramai menderma ke tabung berkenaan tidak mempunyai kebenaran daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Menurutnya, dalam operasi khas Ops Tanggal hari ini JAIM berjaya merampas sebanyak 50 tabung kutipan derma yang diletakan di beberapa premis secara haram.

Beliau berkata, tabung berkenaan dijadikan sasaran untuk menjalankan punggutan khairat tanpa kebenaran.

“Ops bermula pukul 2.00 petang tadi, JAIM telah memeriksa 21 premis terutama di restoran, pasar raya, kedai runcit dan stesen minyak.

“Kebanyakkan tabung yang diletakan untuk mengutip sumbangan beberapa pusat tahfiz dan madrasah yang sebenarnya tidak wujud,” ujarnya dalam sidang akhbar selepas berakhir Ops Tanggal di Ayer Keroh, Melaka hari ini.

Che Sukri berkata, tabung punggutan yang dirampas didapati kesemuanya tidak mendapat kebenaran daripada MAIM.

Jelasnya, ada tabung yang diletakan mendapat kebenaran MAIM namun satu kesalahan apabila tabung berkenaan tanpa kehadiran daripada wakil institusi dan pertubuhan.

Beliau menambah, kebanyakkan tabung yang diletakan atas nama institusi dan madrasah yang tidak wujud walaupun meletakkan nombor telefon untuk dihubungi.

Che Sukri berkata, kesemua hasil kutipan daripada tabung yang dirampas itu akan diserahkan kepada pihak pengurusan Baitulmal.

“Tindakan penguatkuasaan ini dijalankan dibawah Seksyen 94 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) (Pindaan) 2022. Pemilik premis boleh diambil tindakan kerana terbabit dalam punggutan tanpa kebenaran,” ujarnya. – SM

(Visited 242 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button