NasionalNegeri

SPRM Perlis reman dua “transporter” cuba sogok polis RM200,000

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis hari ini berjaya mendapat perintah reman bagi menahan dua “transporter” yang disyaki cuba menyogok wang tunai berjumlah RM200,000 kepada pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pada 19 Februari lalu.

Majistret Ana Rozana Mohd Nor membenarkan perintah reman selama dua hari bermula hari ini ke atas dua suspek berusia 20-an.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 atas tuduhan memberikan sebarang sogokan kepada mana-mana anggota agensi penguat kuasa atau penjawat awam.

Pada kira-kira pukul 4 pagi pada 19 Februari lalu, Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2, Briged Utara, PGA Perlis dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perlis dan Pasukan Marin Perlis telah membongkar cubaan seludup 1.8 tan dadah jenis syabu bernilai RM64.8 juta di tepi laut di Jalan Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.

Dua lelaki berkenaan yang bersama tiga lagi suspek yang ditahan ketika itu cuba memberi sogokan itu bagi tujuan melepaskan kesemua mereka dari kes tersebut.

Bagaimanapun pegawai polis yang terlibat dalam kes tersebut menolak dan merampas wang tunai itu untuk tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis. – SM

(Visited 216 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button