Nasionalpilihan

Speaker Dewan Rakyat enggan masuk campur keputusan libatkan peguam negara

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun enggan masuk campur terhadap sebarang keputusan melibatkan Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun yang juga merupakan abang kandungnya.

Azhar Azizan berkata, sebarang perkara yang dibangkitkan akan diserahkan kepada Timbalan-timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat iaitu Datuk Mohd. Rashid Hasnon dan Datuk Sri Azalina Othman Said.

“Saya tidak akan campur tangan di dalam apa cara sekalipun di dalam pelaksanaan tugas Timbalan-timbalan Yang Dipertua di dalam hal berkaitan.

“Sebagaimana yang diketahui umum, Tan Sri Idrus Harun ialah abang kandung saya.

“Oleh kerana itu, saya telah membuat keputusan mengecualikan diri saya daripada membuat apa-apa keputusan mengenai, berkenaan ataupun yang bagaimana jua berkaitan dengan usul tersebut,” katanya hari ini.


Menurut Azhar Azizan, dia sebelum ini telah menerima satu usul pada 29 Julai dari Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran berkaitan dengan Peguam Negara. -SM

(Visited 51 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button