Nasionalpilihan

Perhimpunan langgar arahan PKP, polis akan ambil tindakan

POLIS akan mengambil tindakan terhadap perhimpunan yang diadakan di ibu kota kerana telah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, tiada kebenaran diberikan untuk sebarang aktiviti perhimpunan buat masa ini.

“Peserta perhimpunan mensasarkan untuk masuk ke Dataran Merdeka dan kita telah halang. Kita juga telah meminta mereka untuk bersurai dengan aman.

“Terdapat lebih kurang 400 orang yang menyertai perhimpunan hari ini dan kita lihat semua patuh dengan memakai pelitup muka cuma penjarakan sosial agak sukar dilakukan.

“Kita akan kenal pasti semua yang terlibat dan tindakan susulan akan diambil selepas ini,” katanya.


Menurut Mohamad Zainal, pihaknya juga tidak menerima sebarang surat permohonan berkenaan dengan perhimpunan tersebut.

Jelasnya, tidak ada guna pun untuk mereka berbincang dengan polis berkenaan perhimpunan hari ini kerana perkara tersebut memang tidak akan dibenarkan.

“Kita akan ambil tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Zainal turut menegaskan kepada semua supaya jangna melakukan sebarang perhimpunan yang boleh mendatangkan mudarat kepada diri sendiri dan orang lain.

“Kita dalam tempoh PKP dan sedang memerangi Covid-19. Jadi kita kena ambil tindakan berhemah dan jangan berkumpul.

“Sebab sebarang perhimpunan atau berkumpul boleh membawa mudarat dijangkiti Covid-19 sama ada melibatkan diri sendiri atau orang lain,” jelasnya. -SM

(Visited 198 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button