Nasionalpilihan

Allid’s Cafe tawar asam pedas Rahmah RM5

Seorang pesara swasta sanggup melaburkan wang simpanannya berjumlah RM70,000 dengan membuka Allid’s Cafe di Taman Merdeka Jaya dekat sini semata-mata menawarkan menu Rahmah asam pedas.

Mohd. Khalid Abdul Rahman, 60, berkata, kafe berkonsepkan ‘Santai Rahmah’ menawarkan asam pedas pari atau ikan kembung dengan harga RM5.

Menurutnya, dia tidak kisah menjual menu itu dengan harga yang murah kerana yakin ia menjadi tarikan pelanggan untuk menikmati masakan tersebut di cafenya.

“Buat permulaan ini asam pedas hanya ditawarkan pada pelanggan untuk membelinya pada setiap hari Jumaat.

“Selain menu Rahmah asam pedas, kafe saya turut menawarkan pelbagai juadah termasuk roti, biskut, sandwich dan pelbagai pilihan pastri.

“Pelanggan juga boleh menikmati menu lain seperti nasi lemak lauk ayam berempah, ayam rendang, sotong, rendang daging, mi dan bihun goreng dan lontong,” ujarnya di sini semalam.

Mohd. Khalid berkata, dia yakin kafe yang baru dibuka sejak sebulan lalu mampu bersaing berbekalkan pengalamannya selama 11 tahun dalam bidang masakan serta pernah mengendalikan beberapa kantin sekolah.

Katanya, pelanggan boleh mencuba nasi ayam penyet presto selain spagetti bolognese, spagetti karbonara dan pelbagai pilihan pastri yang dihasilkan dapur Allid’s Cafe.

“Kami juga menyediakan produk pastri sejuk beku untuk dibekalkan di sekolah-sekolah asrama dan usahawan tempatan selain mengharapkan pelanggan di kafe,” katanya yang dibantu adiknya, Ahmad Nasaruddin, 50.

Menurutnya, kafe berkenaan beroperasi setiap hari bermula pukul 7 pagi hingga 8 malam dan boleh memuatkan sehingga 45 pelanggan pada satu-satu masa. – SM

(Visited 87 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button