JenayahNasional

Bomoh didakwa atas tuduhan merogol bakal pengantin

SEORANG bomoh mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol seorang bakal pengantin wanita berusia 23 tahun dua minggu lalu di Pasir Mas.

Jusof Jaafar,67, memohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen, Rozaidi Yaacob.

Memetik daripada Astro Awani, tertuduh didakwa telah merogol bakal pengantin itu di mana dia dikatakan mendapat kerelaannya dengan menggunakan kedudukannya sebagai pengamal perubatan.

Kejadian tersebut berlaku di bilik sebuah rumah di Kampung Perangkap, Bunut Susu, Pasir Mas, pukul tiga petang pada 14 Oktober lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(F) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (2) Kanun yang sama.

Hukuman penjara minimum selama 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar mengendalikan pendakwaan tersebut manakala Peguam Bela, Nur Fatin Syahirah Abu Hasan mewakili tertuduh.

Mahkamah telah menetapkan hari Khamis sebagai sebutan semula kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen.

Terdahulu, bakal pengantin yang dilaporkan mengalami gangguan makhluk halus mendakwa dirogol oleh seorang bomoh ketika mendapatkan rawatan di Tendong, Pasir Mas. – SM

(Visited 135 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button