Nasional

PGNM anjur Kejohanan Golf Interteam Melaka 2022 Mac ini

MELAKA 19 Februari – Persatuan Golf Negeri Melaka (PGNM) melalui Tourism Golf akan menganjurkan Kejohanan Golf Interteam Melaka 2022 (MITT 2022) yang akan diadakan di Kelab Golf Tiara & Country pada 20 Mac ini.

Pengerusi kejohanan, Ir. Hisham Pajar berkata, bagi kaki golf luar dari Melaka dipelawa untuk menyertai pertandingan itu yang menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk sebuah motosikal bagi mana-mana pemain yang melakukan pukulan hole-in-one.

Menurutnya, setiap pasukan perlu menyenaraikan empat pemain namun catatan mata tiga daripada mereka akan dikira untuk menentukan senarai kedudukan teratas.

“Yuran penyertaan yang ditetapkan bagi setiap pasukan yang ingin mengambil bahagian ialah sebanyak RM1,200 dan tarikh akhir penyertaan ditutup sebelum atau pada 14 Mac ini.

“Bagi pertandingan kali ini penganjur hanya menetapkan hanya sebanyak 30 pasukan dan setakat ini kita telah menerima sebanyak 16 pasukan terutama dari Melaka, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka,” ujarnya di sini hari ini.

Hisham berkata, format pertandingan yang ditetapkan ialah System 36 Stabelford dan teeoff adalah pada pukul 8.00 pagi.

Menurutnya, juara akan menerima hadiah wang tunai RM3,000, naib juara mendapat RM2,000, ketiga RM1,000 dan keempat sebanyak RM800.

Selain itu katanya, sebanyak 43 hadiah disediakan untuk cabutan bertuah termasuk tiga hadiah utama untuk dimenangi semua peserta.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Hisham ditalian 013-3301646. -SM

(Visited 836 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button